Ketika ini, tinggal beberapa jam lagi tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Waktu-waktu ini dilihat pecutan terakhir hampir 447 calon yang bertanding pada PRN Sabah kali ini. Bukan lagi 'gear' lima digunakan setiap calon parti yang bertanding untuk berusaha meraih undi daripada pengundi di kawasan masing-masing.
'Aku Janji' manifesto, visi dan misi yang dilaungkan sepanjang 14 hari 'berperang' itu perlu digenggam penuh sekali gus dipastikan akan ditunaikan sekiranya mana-mana calon dipilih menjadi wakil rakyat.
Ini kerana 'jawatan' wakil rakyat yang dipikul itu bukan mudah - bukan seperti makan kuaci dan minum secawan kopi O sambil menonton televisyen.
Janji yang dilaung itu perlu ditunaikan, perlu ada usaha untuk ke arah menunaikan janji itu selepas 26 September 2020.
'Sabah untuk Sabahan'
Sepanjang tempoh 14 hari ini, isu hak Sabah tidak dapat lari dari kalangan pemimpin dan calon dari parti tempatan.
Warisan Plus contohnya, menggunakan 'umpan' ini untuk meraih undi menerusi Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ke mana sahaja kempen jelajah Mohd Shafie, perjuangan mempertahankan hak Sabah dan tidak mahu lagi tunduk kepada parti nasional dilaungkan.
"Saya mahu terus membantu rakyat Sabah ... kita mentadbir negeri ini dengan baik walaupun baru 26 bulan. Hak Sabah itu perlu untuk rakyat Sabah," kata Mohd Shafie dalam satu program bersama rakyat di Kampung Landung Ayang, Kudat baru-baru ini.
Sehaluan negeri dan Pusat
Bukan itu sahaja, kempen 14 hari bagi pilihan raya edisi ke-16 ini turut sarat dengan kenyataan-kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai pentingnya hubungan sealiran kerajaan negeri dan Pusat demi pembangunan negeri di Bawah Bayu ini.
Perkara itu cukup jelas kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana masalah infrastruktur di Sabah terutama jajaran jalan, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dapat diatasi jika tiada hubungan sealiran.
"Saya tidak kata kerajaan negeri tidak boleh laksanakan pembinaan jalan-jalan tetapi kewangan mereka terhad. Kalau kita sealiran satu haluan iaitu di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang prihatin ini sudah pasti kita dapat menggembleng usaha membantu menyelesaikan masalah rakyat ini," ujar Muhyiddin.
Ada benar apa yang dikatakan Pengerusi PN itu.
Projek menaik taraf pembangunan infrastuktur itu melibatkan dana yang besar untuk dilaksanakan.
Mungkin satu perkara yang boleh dilihat dalam konteks matang ialah kita ketepikan soal politik, barisan pemimpin sama-sama membantu melaksanakan projek rakyat.
Tanah oh Tanah
Dalam kempen sepanjang 14 hari ini juga dapat dilihat isu pemilikan tanah kepada penduduk-penduduk di pedalaman Sabah.
Ini bukan isu baharu.
Setiap kali pilihan raya, pasti isu ini akan dibangkitkan baik dalam kalangan pembangkang mahupun pemimpin kerajaan.
Dan isu pemilikan tanah ini juga tidak dapat lekang dari bibir pemimpin parti dalam tempoh mereka berkempen pada PRN Sabah kali ini.
Masakan tidak puluhan tahun tinggal di bumi bertuah ini, tetapi setiap hari akan diselubungi perasaan takut - Takut rumah yang mereka diami dirampas kerajaan kerana tiada geran sah diberikan.
BACA SEMUA MENGENAI COVID-19 DI SINI
Shafie vs Musa-Jeffrey-Anifah
Ini merupakan seteru.
Hubungan Mohd Shafie dan Tan Sri Musa Aman sememangnya 'dingin' sejak mereka sama-sama dalam UMNO lagi. Musa, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan Mohd Shafie pula Naib Presiden UMNO Malaysia.
Masing-masing ada 'pengikut' dalam kalangan ketua UMNO bahagian ketika itu.
Pada PRN Sabah ini juga, perang antara mereka semakin rancak. Setiap kali ceramah mahupun kempen bersama rakyat pasti ada cerita kurang enak diluahkan salah satu antara mereka.
Tidak cukup dengan itu, perang antara Mohd Shafie dengan Musa-Jeffrey-Anifah turut dilakukan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pegawai masing-masing.
Saling balas-membalas kenyataan yang dilihat boleh di 'pick up' media hingga mampu mempengaruhi minda pengundi.
Usaha tangani COVID-19
Dalam kempen ini juga, setiap calon lantang menyuarakan usaha kerajaan menangani COVID-10.
Jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sudah pasti 'peluru' yang dikeluarkan adalah usaha Muhyiddin atau 'abah' dalam menangani virus tersebut.
Benar, ia cukup berkesan apatah lagi usaha Kerajaan PN dipimpin Muhyiddin itu kini sudah membelanjakan hampir RM300 bilion untuk memulihkan ekonomi sekali gus membantu rakyat di bawah yang terkesan.
Golongan B40 dan M40 sudah pasti merasai nikmat bantuan tersebut. Lahirkan ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan PN.
Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri dipimpin Warisan dan Mohd Shafie tidak boleh dipandang ringan. Walaupun ada kalangan rakyat menyifatkan tidak menerima bantuan COVID-19 daripada kerajaan Sabah itu.
Walau apa juga mesej sepanjang kempen 14 hari ini, seramai 1,124,598 pengundi sah akan membuat pilihan mereka menentukan calon dan parti mana yang akan membawa Sabah menuju kegemilangan.
Assim Hassan
Fri Sep 25 2020
Ini kerana 'jawatan' wakil rakyat yang dipikul itu bukan mudah. - fotoBERNAMA
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.