SEREMBAN: Permintaan UMNO Negeri Sembilan supaya diberikan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH) negeri itu.
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keputusan seterusnya akan dibuat Majlis Presiden PH yang dijangka mengambil masa sebulan lagi.
"Pertemuan itu (dengan UMNO) memang telah berlaku, Alhamdulillah berjalan dengan baik, ada persefahaman munasabah.
"Biasalah dalam perbincangan ada permohonan dikemukakan. Saya akan membawa perkara tersebut untuk pertimbangan rakan-rakan dalam PH," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Jualan Rahmah Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias, dua hari lepas dilaporkan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan PH negeri bagi mencari persefahaman selain turut meminta diberikan tambahan dua kerusi DUN dalam PRN nanti.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata kerjasama antara PH dan BN di negeri itu semakin kukuh khususnya selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jelebu, semalam.
"Ia menggambarkan kerjasama mula terjalin, saya yakin ia akan dapat diperkuatkan lagi melalui agenda jentera pilihan raya dan hubungan di peringkat akar umbi kedua-dua parti," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Barisan Nasional (BN) memenangi 16 kerusi DUN manakala PH memenangi 20 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keputusan seterusnya akan dibuat Majlis Presiden PH yang dijangka mengambil masa sebulan lagi. - Gambar fail/BERNAMA
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Lapan bulan tidak cukup perjelas kerjasama PH-BN - Adun Lenggeng
Tempoh lapan bulan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak mencukupi untuk menjelaskan kerjasama yang terjalin antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Calon MB Negeri Sembilan, Aminuddin atau Jalaluddin?
Teka-teki calon Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) hanya akan terjawab pada Isnin.
PRN: Tewas lima kerusi, amaran daripada rakyat - Aminuddin
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN semalam sebagai amaran daripada rakyat.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.
PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.
PRN: Warga emas meninggal dunia selepas rebah di pusat mengundi
Slug : Ajal selepas celuBelum sempat mengundi, seorang wanita warga emas rebah sebelum meninggal dunia ketika hadir untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.p jari
PRN: Eddin Shazlee, Danni, Rafiei antara calon MB daripada PN di Negeri Sembilan?
PN Negeri Sembilan menegaskan parti itu mempunyai calon Menteri Besar berkaliber untuk memimpin negeri tersebut.
PRN: Mungkin ada kejutan namun sukar buat PN tawan Negeri Sembilan - Penganalisis
Menggunakan analogi kereta, kalau sebelum ini kempen bergerak pada gear satu, di minggu terakhir ini lazimnya sudah di gear lima, pecutan pun makin laju.