SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini menawarkan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama yang akan dinikmati rakyat, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi PH Negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata aspirasi yang menggariskan 70 inisiatif itu, mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan mensejahterakan rakyat.
"Ini adalah manifesto terbaik dapat dilaksanakan, kita membawa manifesto Perpaduan untuk seluruh rakyat Negeri Sembilan, kita tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan. Insya-Allah kita ada kemampuan kewangan untuk menunaikan manifesto ini.
"Ini hanya sebahagian, pembentangan bajet juga ada yang akan memberikan inisiatif baharu bergantung kepada kewangan semasa, iaitu seperti yang kerajaan negeri laksanakan sebelum ini," katanya selepas melancarkan aspirasi berkenaan di sini hari ini.
Menteri Besar itu berkata tekad berkenaan ialah Membangun Negeri Sembilan Moden 2023-2033; Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat dalam Meningkatkan Ekonomi Negeri dan Kesejahteraan Rakyat serta Pembangunan Mesra Rakyat: Melestarikan Pembangunan Seimbang Luar Bandar dan Bandar.
Tekad lain ialah Tumpuan kepada Kebajikan, Keperluan dan Permasalahan Rakyat serta Pentadbiran Berintegriti dan Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan.
Aminuddin berkata antara inisiatif yang ditawarkan ialah memperkembangkan program peluasan kampung, dengan menyediakan tapak bagi pembinaan rumah untuk golongan muda, selain menyediakan 4,000 rumah mampu milik, Program Perumahan 1 Keluarga 1 Rumah dan Perumahan Belia.
Beliau berkata kerajaan negeri juga, akan memberi lesen penjaja secara percuma untuk tempoh lima tahun, selain menaikkan bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM270 kepada RM300 dan RM320 kepada RM350.
Aminuddin berkata selain itu, PH dan BN negeri juga menawarkan Skim Sejahtera Rakyat yang diuruskan melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, mencakupi kehidupan rakyat sejak awal kelahiran sehingga menjejak ke usia warga emas.
Antaranya ialah Caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebanyak RM100 bagi kelahiran anak-anak Negeri Sembilan bermula 2023 hingga 2027, manakala bantuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh sebanyak RM300.
Selain itu, bagi golongan ibu tunggal berpendapatan RM2,000 ke bawah dan warga emas 70 tahun ke atas, akan diberikan sumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 selain bantuan Food Bank untuk keluarga termiskin dalam sistem e-Kasih.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata manifesto berkenaan, bukan dibuat secara ad hoc tetapi menyeluruh, mengambil kira kepentingan dan kebajikan seluruh lapisan masyarakat untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Ia juga adalah isyarat kuat kepada masyarakat bahawa Kerajaan Perpaduan bukan main-main, bukan kerajaan yang retorik dan hanya berjanji kepada rakyat tetapi tak boleh dilaksanakan, apa yang dijanjikan akan dikotakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
![PRN: PH-BN lancar Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, garis 10 teras, 70 tawaran PRN: PH-BN lancar Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, garis 10 teras, 70 tawaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691339397_AminuddinHarun.jpg)
Pengerusi PH N.Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Pengerusi Perhubungan UMNO N.Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menunjukkan dokumen Aku Janji Aspirasi Perpaduan N.Sembilan pada Sidang Media dan Pelancaran Manifesto PH dan BN. - BERNAMA
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Manifesto 'Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan' realistik, tiada janji bulan, bintang Manifesto 'Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan' realistik, tiada janji bulan, bintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691338976_AminuddinHarun.jpg)
Manifesto 'Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan' realistik, tiada janji bulan, bintang
Maanifesto bersejarah tersebut disifatkan menyeluruh dan memenuhi kepentingan setiap lapisan rakyat daripada umur bayi sehingga warga emas.
![PRN: PH-BN lancar Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, garis 10 teras, 70 tawaran PRN: PH-BN lancar Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, garis 10 teras, 70 tawaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691339397_AminuddinHarun.jpg)
PRN: PH-BN lancar Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, garis 10 teras, 70 tawaran
Aspirasi yang menggariskan 70 inisiatif itu, mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.