SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah pentas terbaik bagi pemimpin politik membentangkan hala tuju parti dan bukannya menjadi medan mencerca pihak lawan.
Perdana Menteri berkata, rakyat dan pengundi sudah matang serta cukup bijak dalam menilai setiap yang diperkatakan oleh pemimpin politik sama ada ia membawa manfaat kepada kehidupan mereka dan negara atau sebaliknya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau tidak kisah dihina tetapi tidak rela melihat rakyat diperbodoh oleh pemimpin politik khususnya Perikatan Nasional (PN) yang saban hari membohongi rakyat bagi menutup kegagalan mereka semasa menjadi kerajaan.
"Dalam kempen beliau, hari-hari (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) kata Anwar bodoh, tidak tahu pasal ekonomi... itu dia cakap dan saya tak kisah pun, janji saya dan kita semua tahu apa yang dibuat untuk kemajuan ekonomi dan negara.
"Saya nak ingatkan Muhyiddin, tak guna maki orang, ini bukan masanya. Apa yang saya mahu adalah kamu dan Pas ceritakan apa yang kamu buat semasa jadi kerajaan dan apa yang parti kamu mahu buat selepas ini untuk rakyat," katanya pada ceramah Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Tanjong Sepat, dekat sini, pada Selasa.
Turut hadir calon PH dan Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tanjong Sepat Borhan Aman Shah, calon DUN Dengkil Noorazli Said dan calon DUN Sungai Pelek Lwi Kian Keong.
Sehubungan itu, Anwar mengingatkan pengundi di Selangor bahawa PRN adalah medan untuk rakyat memilih pemimpin yang mewakili parti politik dengan dasar membantu rakyat dan memakmurkan negeri.
Beliau juga mahu rakyat terutama pengundi di tiga DUN di bawah Parlimen Sepang itu membuktikan bahawa mereka tidak akan membuat kesilapan dengan memberi undi kepada parti yang sering memperbodohkan rakyat, memainkan isu perkauman dan agama serta berani 'melawan' istana.
"Saya mahu anda semua berikan sokongan kuat kepada semua calon PH-BN, kita buktikan kepada PAS dan Bersatu yang rakyat lebih bijak dalam menilai calon dan parti mana yang mendahulukan rakyat.
"Mari kita bekerja keras, saya mahukan kemenangan besar di semua kerusi yang ditandingi... kita bagi knock out kepada Bersatu dan PAS pada PRN ini," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos dengan undi awal pada 8 Ogos.
- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Anwar berkata, rakyat dan pengundi sudah matang serta cukup bijak dalam menilai setiap yang diperkatakan oleh pemimpin politik sama ada ia membawa manfaat kepada kehidupan mereka dan negara atau sebaliknya. - Foto BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.