KLANG: Walaupun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menyaksikan kedua-dua gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo, namun 'luka' kekalahan yang ditanggung Kerajaan Perpaduan lebih besar berbanding PN.
Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya Kerajaan Perpaduan perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran hala tuju yang bertunjangkan aspirasi semua kaum.
Menurutnya, meskipun dinamika pengundian tidak dapat dijangka pada peringkat awal namun PRN pada 12 Ogos lalu 'membongkarkan' bahawa realiti itu pahit namun kerajaan perlu akur dengan keputusan rakyat.
"Apa yang jelas, rakyat termasuk masyarakat India sudah menterjemahkan ketidakpuasan terhadap perkembangan semasa dalam bentuk undi.
"Ada segelintir rakyat yang berasakan insentif dan penyelesaian hanya difokuskan kepada satu-satu kumpulan sasaran sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Menyentuh mengenai peralihan dan sokongan masyarakat India kepada PN, Ganabatirau berkata, perkara itu perlu dikupas dengan teliti sebelum membuat sebarang kesimpulan mudah.
"Kebanyakan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kalah dengan majoriti di bawah 1,500 undi adalah kawasan yang berdemografi penduduk India yang ramai.
"Misalnya, Semenyih mempunyai bilangan pengundi India yang tinggi namun peratusan keluar mengundi adalah rendah, begitu juga Taman Medan, Ijok, Bukit Melawati dan Sementa. Mengapa? Jawapan mudah... budaya undi protes dalam kalangan pengundi tegar India," ujarnya.
Namun pada masa sama katanya, Klang, Pandamaran, Sentosa, Kota Kemuning dan Banting yang mempunyai jumlah pengundi India yang signifikan dilihat terus kekal memberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
"Jelas situasi ini berbeza bagi pengundi India di kawasan bandar dan luar bandar.
"Justeru, kerajaan kini berada di persimpangan untuk mengenal pasti isu-isu utama yang mencetus ketidakpuasan untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan pengundi India," ujarnya.
Beliau berkata, walaupun PH tunjang memperjuangkan kepentingan setiap komuniti terpinggir tanpa mengira kaum namun masyarakat India berasakan kebajikan dan kesejahteraan mereka terabai.
Katanya, masyarakat India sudah mula membandingkan komposisi empat anggota Kabinet ketika pentadbiran PH sebelum ini dengan pentadbiran sekarang.
"Jadi mereka (masyarakat India) menganggap tiada saluran untuk mereka bersuara dan membawa isu-isu berkaitan masyarakat India dalam kerajaan.
Sesungguhnya kata beliau, masyarakat India sedia maklum bahawa sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan tidak boleh dihapuskan, kerana ia adalah satu jaminan dan peluang bagi kaum itu untuk bersaing di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Namun apa yang diharapkan adalah suara dan jaminan daripada kerajaan sendiri bahawa hak anak-anak masyarakat India yang cemerlang untuk mendapat tempat dalam sektor pendidikan tidak diabaikan.
"Jadi saya berharap Perdana Menteri akan memberi jaminan bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang akan diperlakukan secara adil dan diberi layan sama rata dalam pendidikan, keadilan sosial dan ekonomi.
"Tiada niat untuk mempertikai atau merampas hak kaum lain, apa yang diminta adalah pertimbangan yang sewajarnya kepada tuntutan mereka," ujarnya lagi.
Ganabatirau berpendapat, kerajaan masih belum terlambat untuk mengatasi isu-isu membangkit mengaitkan kaum India bagi mengembalikan kepercayaan mereka.
Dengan itu beliau berharap kerajaan dapat melaksanakan Pelan Tindakan Masyarakat India yang mencerminkan pendirian dan kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi kaum itu.
Astro Awani
Fri Aug 18 2023
Ganabatirau Veraman berkata, tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya Kerajaan Perpaduan perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran hala tuju yang bertunjangkan aspirasi semua kaum. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu
PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan
Hannah Yeoh melihat ada petanda positif menerusi jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah yang diadakan.