SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau yang juga Naib Presiden PKR bagaimanapun berkata cadangan itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
"Kita belum bincang dengan Majlis Presiden, tapi cadangannya bubar pada 1 Jun, hanya cadangan, esok-esok (adakan) perbincangan mungkin akan berubah (tarikh bubar). Kita juga akan ada mesyuarat menteri besar hujung bulan dua ini, kita akan bincang secara tidak formal, insya-Allah.
"... Jun bubar, lepas itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nak buat PRN bila dalam tempoh 60 hari (lepas bubar DUN).. maknanya bersama (negeri lain), tak ada masalah," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun mengambil kira beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha.
Selain Negeri Sembilan dan Kedah, empat lagi negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR bagaimanapun berkata cadangan itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). - Fail/BERNAMA
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.