SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Mohd Isam yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata keputusan dibuat berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap perkhidmatan di kawasan Parlimennya.
"Saya doakan rakan-rakan supaya menang pada PRN nanti, saya tidak akan bertanding lagi pada PRN, maknanya Gemencheh (kerusi) kosong.
"Kalau Datuk Speaker (Datuk Zulkefly Mohamad Omar), berminat bolehlah... tetapi sebelum itu kena meminang, bukan macam meminang Puteri Gunung Ledang pun, syarat pertamanya kena masuk UMNO dululah," katanya ketika berucap pada sesi penangguhan pada persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan kepimpinan kerajaan negeri kerana melaksanakan tanggungjawab serta amanah dengan amat baik sepanjang penggal ini.
Mohd Isam turut optimis bahawa kerajaan negeri akan kekal dipimpin Kerajaan Perpaduan pada penggal akan datang sekali gus menjadikan Negeri Sembilan antara negeri maju dalam negara.
"Kita mengharapkan kerajaan akan datang fokus membantu masyarakat terutama Tampin, Jempol dan Jelebu, teruskan membantu masyarakat... kalah bukan mati, menang rezeki, asal kebajikan diperhati, kotakan janji," katanya.
Mohd Isam, 54, adalah ADUN Gemencheh mewakili Barisan Nasional (BN) sejak 2013 dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau kali pertama diberi kepercayaan bertanding sebagai Ahli Parlimen Tampin.
Beliau memperoleh 23,283 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Faiz Fadzil (22,007 undi), Abdul Halim Abu Bakar daripada Perikatan Nasional (PN) (14,962 undi) diikuti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Zamani Ibrahim (781) undi.
ADUN Senaling yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan kemudian bangun mencelah dan turut mengambil kesempatan memohon maaf sepanjang menjadi anggota Dewan dan menyatakan ia mungkin ucapan terakhirnya sebagai ADUN.
"Jika ini merupakan ucapan terakhir saya sebagai ADUN, saya ingin ucapkan terima kasih. Kita bina perhubungan yang cukup baik antara semua wakil rakyat dan isu-isu dikemukakan kerajaan dapat dibincang dengan baik," katanya yang berkhidmat sebagai ADUN Senaling mewakili BN sejak 2018.
Terdahulu, persidangan DUN hari ini turut meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023 selepas usul pindaan oleh Aminuddin disokong sebulat suara ahli Dewan.
Ia antara lain bertujuan memasukkan perkataan 'Timbalan Yang Dipertua Dewan' dalam takrifan 'Ahli atau Anggota' untuk memperjelas hak dan keistimewaan Timbalan Yang Dipertua Dewan sebagai sebahagian daripada Ahli atau Anggota.
Persidangan DUN ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Mohd Isam yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata keputusan dibuat berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap perkhidmatan di kawasan Parlimennya. - Gambar fail
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan DUN Gemencheh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.