AYER KEROH: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perincian larangan perhimpunan sosial berkaitan pilihan raya di Negeri Melaka.
Tegasnya, meskipun parti itu menggunakan pendekatan ceramah secara mobil dengan lori dan alat siar raya sejak malam Sabtu, parti itu tetap dikenakan kompaun RM10,000 oleh pihak polis kerana didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP).
"Pendekatan seperti ini tidak ada pertemuan atau perkumpulan yang mungkin dibimbangi wujud kluster dan sebagainya.
"Program itu tidak boleh kita takrif majlis sosial, ia program hit and run. Jadi saya kesal sewaktu kami menganjurkan program itu di Taman Krubong Jaya, pasukan polis telah keluarkan kompaun yang mengatakan kesalahan kami ingkar SOP kerana mengadakan kempen pilihan raya," jelasnya.
Soal Shamsul, pendekatan yang kreatif telah diguna pakai untuk memastikan tiada penyebaran COVID-19 berlaku, namun masih dikenakan kompaun.
"Ini perkara amat dikesali, buat pertama kali Keadilan cuba jadi parti kreatif untuk gunakan pendekatan lebih teliti supaya tidak berlaku kontak fizikal dan sebagainya.
"Tetapi polis masih lagi ingin mengeluarkan kompaun atas kesalahan kononnya mengadakan kempen pilihan raya.
"Kita nak tegaskan kami diberikan kompaun RM10,000 bagi saya amat tidak munasabah kerana tidak ada kontak fizikal, hanya program mobil bergerak," kata Ketua Penerangan PKR itu lagi.
Justeru, beliau mendesak agar Menteri Kesihatan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat meneliti larangan yang dikenakan itu.
Tambahnya, ia bagi memastikan demokrasi di negara ini tidak diperolok-olokkan.
"Ini perkara yang amat saya dikesali, saya desak Menteri Kesihatan meneliti dengan lebih tepat apa perinciannya dalam konteks tidak boleh mengadakan majlis sosial dalam tempoh pilihan raya.
"Saya akan tulis surat kepada Menteri Kesihatan, saya ingin tegaskan Menteri Dalam Negeri supaya dapat jelaskan kepada anggota di bawah.
"Mungkin mereka tak fahami dengan jelas atau mungkin mereka anggap ini satu arahan boleh dipukul rata," katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata demikian dalam sidang media secara dalam talian pada Ahad.
Fareez Azman
Sun Oct 31 2021
![PRN Melaka: PKR dikompaun RM10,000, Shamsul desak Khairy jelaskan perihal larangan PRN Melaka: PKR dikompaun RM10,000, Shamsul desak Khairy jelaskan perihal larangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/41564128806_SHAMSUL.jpg)
"Mungkin mereka tak fahami dengan jelas atau mungkin mereka anggap ini satu arahan boleh dipukul rata," kata Shamsul Iskandar. - Gambar fail
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610055_tbsolatsunatAidila.jpg)
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
![PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717131695_anwar.jpg)
PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha
Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.
![Perdana Menteri salur sumbangan RM40,000 kepada waris keluarga mangsa kemalangan bas Perdana Menteri salur sumbangan RM40,000 kepada waris keluarga mangsa kemalangan bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718008423_ShamsulIskandar.jpg)
Perdana Menteri salur sumbangan RM40,000 kepada waris keluarga mangsa kemalangan bas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada waris keluarga empat individu yang meninggal dunia terbabit dalam kemalangan bas di Jalan Kuantan-Seg
![Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712957292_SetiausahaPolitikK.jpg)
Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat
Enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri MADANI adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
![Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704517936_shamsuliskandar.jpg)
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.
![Program 'Suara Anak MADANI' temui penonton mulai 7 Dis Program 'Suara Anak MADANI' temui penonton mulai 7 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701465861_ShamsulIskandarMoh.jpg)
Program 'Suara Anak MADANI' temui penonton mulai 7 Dis
Program 20 episod itu akan disiarkan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
![PKR kecam kejahatan, hipokrasi Israel, AS dan sekutu PKR kecam kejahatan, hipokrasi Israel, AS dan sekutu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688296195_SHAMSUL.jpg)
PKR kecam kejahatan, hipokrasi Israel, AS dan sekutu
PKR mengecam kejahatan dan hipokrasi Israel, AS dan sekutu mereka termasuk Kesatuan Eropah susulan pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di utara Gaza oleh Rejim Zionis Israel.
![Gantung tugas Radzi Jidin - Shamsul Iskandar Gantung tugas Radzi Jidin - Shamsul Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633615306_SHAMSUL.jpg)
Gantung tugas Radzi Jidin - Shamsul Iskandar
Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Shamsul Iskandar.
![Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688296195_SHAMSUL.jpg)
Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan dakwaan Zaki Yamani mempunyai kaitan dengan beliau atau Pejabat Perdana Menteri.
![Pemilihan PKR 2022: Amirudin menang di Gombak, Shamsul Iskandar kalah di Hang Tuah Jaya Pemilihan PKR 2022: Amirudin menang di Gombak, Shamsul Iskandar kalah di Hang Tuah Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653816994_AmirudinShari.jpg)
Pemilihan PKR 2022: Amirudin menang di Gombak, Shamsul Iskandar kalah di Hang Tuah Jaya
Shamsul yang mendapat 379 undi tewas kepada Mohd Rafee Ibrahim yang memperolehi 488 undi di cabang Hang Tuah Jaya