MELAKA: Penganjuran sambutan Aidilfitri MADANI di pelbagai peringkat peringkat khususnya di negeri-negeri mampu menjadi 'penutup' kepada semua isu berbangkit sejak kebelakangan ini dan melonjakkan semangat muhibbah dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ini termasuk penganjuran Aidilfitri MADANI di enam negeri yang akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini bukan sahaja sebagai platform mendekatkan diri dengan rakyat tetapi peluang memperjelaskan isu berbangkit agar tiada maklumat salah yang diperoleh masyarakat seperti mana yang dimainkan oleh pembangkang atau pihak tidak bertanggungjawab,”katanya.
Menurutnya enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri MADANI adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah manakala bagi acara penutup Program MADANI Rakyat dan sambutan Aidilfitri dijadualkan di Pulau Pinang.
"Kebiasaannya majlis rumah terbuka sempena Aidilftri berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya tetapi kali ini ada ada strategi yang berbeza kerana Anwar mahu meluangkan masa dengan turun ke negeri-negeri tersebut," katanya kepada pemberita di ketika ditemui di Majlis Aidilfitri MADANI di sini pada Jumaat.
Katanya kehadiran Perdana Menteri di negeri-negeri tersebut juga antara lainnya adalah untuk bertemu dan mendengar taklimat daripada ketua-ketua negeri dan berbincang berkaitan projek tertentu yang menjadi keutamaan dan memerlukan dukungan dari Kerajaan Persekutuan.
"Kaedah ini lebih efektif dan kemas kerana Anwar mengamalkan sikap ingin mendengar terus dari masyarakat apakah isu berbangkit di setiap negeri kerana setiap negeri ada isu yang perlu diselesaikan atau isu tertangguh sekian lama dan perlu mendapatkan penyelesaian daripada Perdana Menteri," katanya.
Lebih 2,000 pengunjung pelbagai kaum dan pemimpin negeri dan parti politik memeriahkan majlis tersebut di kawasan rumah kedai di Taman Bukit Piatu Mutiara di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Shamsul (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Aidilfitri MADANI Peringkat Hang Tuah Jaya. - Foto BERNAMA
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
Sambutan Aidilfitri MADANI platform PM Anwar dekati, perjelas isu kepada rakyat
Enam negeri yang akan menganjurkan Aidilfitri MADANI adalah Johor, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kedah.