KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membantah permohonan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghentikan Pilihan Raya Negeri yang dijadualkan pada 20 Nov ini kerana tindakan perundangan itu tidak boleh didengar dan diadili oleh mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pemohon (Adly) tidak mempunyai kes yang boleh dipertahan bagi membolehkan meritnya didengar pada pendengaran substantif semakan kehakiman.
"Berpandukan diktum Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Sri Musa Aman, adalah jelas bahawa perkara berkaitan pengisytiharan serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh didengar dan diadili oleh mahkamah selain terlindung daripada penelitian kehakiman.
"Oleh itu, permohonan ini tidak mempunyai merit," katanya ketika memohon mahkamah menolak permohonan itu.
Adly, 50, telah menamakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sebagai responden.
Narkunavathy juga berhujah intipati cabaran pemohon dalam prosiding semakan kehakiman itu ialah pembubaran DUN atas alasan bahawa responden pertama iaitu Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Adly, pula berhujah Sulaiman tidak mempunyai asas dari segi perlembagaan untuk menasihati responden keempat iaitu Mohd Ali untuk membubarkan DUN Melaka.
Beliau berkata adalah jelas bahawa Sulaiman telah kehilangan kepercayaan majoriti ahli dewan itu ketika beliau didakwa menasihati Mohd Ali untuk membubarkan DUN Melaka.
"Oleh itu, pemohon berhujah bahawa melainkan responden keempat menggunakan budi bicaranya di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Negeri Melaka, iaitu menolak permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, pengisytiharan untuk pembubaran itu di bawah Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri Melaka bukanlah dilakukan mengikut budi bicara beliau," katanya.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan 10 Nov ini untuk memutuskan permohonan Adly.
Adly memohon deklarasi bahawa tindakan Sulaiman menasihati Mohd Ali pada 4 Okt lepas untuk membubarkan DUN Melaka mengikut Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri Melaka selepas tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan itu adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa pengisytiharan pembubaran DUN Melaka adalah tidak munasabah dan adalah tidak rasional bagi responden pertama menasihati responden keempat untuk membubarkan dewan itu dalam keadaan pandemik atau endemik COVID-19 sedang melanda negara.
Adly turut memohon perintah certiorari untuk membatalkan writ pilihan raya SPR bertarikh 18 Okt lepas, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan itu menyebut responden pertama telah kehilangan sokongan majoriti ahli dewan itu pada 3 dan 4 Okt lepas, oleh yang demikian beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menasihati responden keempat membubarkan DUN Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan 10 Nov ini untuk memutuskan permohonan Adly. - Gambar fail
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.