MELAKA TENGAH: Pakatan Harapan (PH) dilihat berpotensi untuk mendahului Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dari segi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut penganalisis bebas, Datuk Saiful Bahar.
Berdasarkan kajian awal, penganalisis politik dan polisi kerajaan itu menjangkakan PH memenangi 12 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing 10 dan enam kerusi.
Bagaimanapun, jelasnya analisis itu bersandarkan kepada peratusan keluar mengundi yang dicatat pada pilihan raya umum (PRU) lepas, iaitu pada kadar 83 peratus.
“Forecast ataupun ramalan awal daripada kajian di Melaka menunjukkan BN selesa dengan 10 kerusi DUN, manakala PN kelihatan boleh menang di enam kerusi DUN. PH pula dijangka boleh menang di 12 kerusi DUN Melaka.
“Walau bagaimanapun, kajian ini berdasarkan peratus keluar mengundi berada di tahap 83 peratus. Sekiranya peratus keluar mengundi ini jatuh ke bawah paras 70 peratus, parti yang kerugian besar ialah PH dan DAP,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Today.
Pada PRU 2018, PH yang ketika itu bertanding di bawah logo PKR berjaya memenangi 15 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka, manakala BN (13).
Dengan majoriti tipis, PH berjaya membentuk kerajaan negeri dengan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Adly Zahari, menjadi Ketua Menteri ke-11.
Namun, beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada Mac 2020, selepas gagal memperoleh sokongan mencukupi, sebelum Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada BN menjadi ketua menteri seterusnya.
Episod itu berulang apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka, termasuk dua daripada UMNO – BN iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, menarik sokongan terhadap Sulaiman pada Oktober lepas, sekali gus menyaksikan pembubaran DUN.
Dalam pada itu, Saiful berkata, kenyataan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada Rabu, mengenai UMNO tidak menolak kemungkinan untuk membina Kerajaan Negeri Melaka yang baharu dengan mana-mana parti politik lain, mengundang pelbagai spekulasi.
“Spekulasi yang paling kuat ialah ada kemungkinan pemimpin UMNO tersebut sudah dapat merasakan bahawa sehingga hari ini, UMNO bukan sahaja akan gagal mendapatkan kemenangan majoriti mudah 15 kerusi DUN tetapi kemungkinan besar tidak akan dapat mempertahankan kesemua 13 kerusi UMNO yang ada sekarang.
“DAP/PKR kelihatan selesa di DUN Machap Jaya, Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana. Agak sukar di DUN Duyong, ada pertarungan yang sengit. Enam penjuru. Di DUN Bemban juga ada pertarungan yang sengit, melibatkan lima penjuru,” katanya lagi.
Bagaimanapun Saiful berkata, masih berbaki lapan hari untuk tempoh berkempen, dan keadaan politik yang dinamik membolehkan pelbagai kemungkinan terjadi.
Firdaus Azil
Thu Nov 11 2021

Penganalisis politik itu menjangkakan PH memenangi 12 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing 10 dan enam kerusi. - Gambar hiasan/ Bernama
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.