KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan, yakin akan dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Nor Azman berkata beliau dan bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron akan dinamakan calon oleh PH, biarpun DAP tidak menerima mereka.
Beliau juga mahu kekal bertanding di DUN Pantai Kundur kerana yakin pengundi di kawasan tersebut tahu menilai prestasinya.
"Insya-Allah saya tidak akan pergi ke mana-mana parti, walaupun banyak yang menawarkan untuk sertai mereka, jadi saya bagitahu saya tak suka begitulah.
"Kita pegang pada janji, dan saya tengok Pakatan Harapan pun masih berbincang, dan saya tengok saya dan Datuk Seri Idris Haron tempat pun sudah ada, akan diumumkan sebelum 8 November nanti insya-Allah," katanya.
Nor Azman berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Agenda AWANI yang membincangkan tentang persiapan berdepan PRN Melaka.
Mengulas mengenai larangan berkempen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nor Azman menganggap ia satu perkara yang baik.
Jelasnya, pengalaman dijangkiti COVID-19 hingga terlantar di hospital membuatkan beliau berpendapat larangan berkempen itu baik untuk keselamatan rakyat.
"Saya kena jangkitan COVID-19, saya sendiri sudah rasa bagaimana susahnya bila kena sakit ini, saya agak nazak di hospital.
"Bila MKN keluarkan SOP, KKM keluarkan SOP, nanti SPR keluarkan SOP, saya kata benda ini benda baik yang wajib kita patuhi.
"Kita jangan pentingkan diri berpolitik hingga lupa nasib rakyat, saya tak suka macam itu," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Nov 02 2021

Nor Azman menjelaskan akan kekal bertanding di DUN Pantai Kundur kerana yakin pengundi di kawasan tersebut tahu menilai prestasinya. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRN Melaka: Idris Haron, Nor Azman sah bertanding tiket PH
Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon yang dijalankan secara maya sebentar tadi.

PRN Melaka: Nor Azman yakin PH akan calonkan beliau, Idris Haron
Nor Azman menjelaskan beliau dan bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron akan dinamakan calon oleh PH biarpun DAP tidak menerima mereka.

PRN Melaka: Larangan perhimpunan langkah terbaik, jangan heret rakyat ke kancah COVID-19 - Norazman
Rakyat Melaka perlu dilindungi daripada menjadi mangsa kepada musuh tidak nyata semata-mata kerana pilihan raya.

PRN Melaka: 'Banyak tawaran, Selasa depan kami berempat buat keputusan' - Nor Azman
Ketika ini kesemua mereka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman.

Politik Melaka: 'Maafkan kami .. nangis saya bukan main-main' - Nor Azman
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dilihat menangis ketika memohon ampun dan maaf kepada rakyat Negeri Melaka atas kekhilafannya selama ini.

Melaka Memilih: 'Bukan dua singa, tetapi tiga' - Nor Azman
Tiga singa ini, dakwa Nor Azman, memainkan peranan merosakkan negeri Melaka.

Bubar DUN: 'Saya salahkan kerajaan Sulaiman, kenapa buat begini?' - Nor Azman
Nor Azman mendakwa tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) disebab kepentingan sendiri pemimpin negeri.

Keahlian Idris Haron, Nor Azman dalam UMNO gugur secara automatik
Keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.