ALOR GAJAH: Jentera kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini mempergiatkan usaha mendekati pengundi kelabu atau atas pagar.
Calon BN Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata usaha itu perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan golongan pengundi berkenaan terhadap kepimpinan BN pada PRN Melaka kali ini.
''Saya sering ingatkan jentera agar jangan take for granted (tidak mengambil berat) golongan ini kerana suasana berkempen yang ketat dengan SOP membuatkan calon, terutama yang baharu tidak dikenali pengundi. Macam saya lama pun kena kerja berlipat kali ganda untuk memastikan pengundi putih dan kelabu ini jelas dan faham manifesto yang dibawakan BN.
Sudah pasti kita kena lebih mendekati mereka dengan penuh berhemah kerana itulah asas cara kita berkempen,'' katanya kepada media di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga berkata tahap keyakinan BN untuk memperoleh majoriti kerusi dalam PRN Melaka kini sudah melebihi 50 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh jentera BN bersama pengundi di seluruh negeri ini.
''Bagaimanapun kita perlu melipat gandakan usaha bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN kerana kita mengakui, saingan PRN ini sangat sengit daripada calon-calon yang bertanding," katanya.
Beliau juga mahu calon muda BN yang bertanding di 28 DUN bekerja lebih kuat sepanjang kempen PRN Melaka ini untuk memastikan rakyat mengembalikan semula mandat pemerintahan kepada BN
''Mereka kena much.. much better (lebih baik) dari kami (yang vateran), kena lebih cepat ke hadapan kerana mereka inilah akan kita wariskan negara. Paling penting jangan sia-siakan masyarakat yang undi calon ini,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Calon BN Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata usaha itu perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan golongan pengundi berkenaan terhadap kepimpinan BN pada PRN Melaka kali ini. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Peranan saya bukan sebahagian daripada strategi, fokus sokong parti - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan.
PRU15: GRS akan sokong calon BN di Sabah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong setiap calon yang bakal dikemukakan BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRN Sabah: Benar, saya akui saya khilaf - Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Tun Said kembali menggegarkan politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Usukan.
Chini Memilih: Dulu seteru, kini semeja
Azmin hadir dalam program kempen Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Tasik Mentiga pada Jumaat.
Chini Memilih: PRK DUN Chini landasan kekuatan BN hadapi PRU - Najib
Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjadi landasan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Chini Memilih: Saya harap Tun Mahathir turun berkempen, tetapi tidak - Najib
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjangkakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil
Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial
Barisan Nasional (BN) akan terus memperhebatkan kempen media sosial secara meluas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini bagi memastikan pengundi memilih calon parti
Calon PRK Chini tidak lepas peluang bertemu pengundi
Kempen normal baharu menjadi cabaran utama setiap calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23.
Senarai calon tular: Terpulang hendak percaya atau tidak - Ahmad Razif
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan kepada orang ramai sama ada untuk mempercayai senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial baru-baru ini.
Jangan 'tekan' PM Najib berhubung calon PRU14 - Syed Ali
Pemimpin UMNO dan komponen BN diingatkan tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemilihan calon PRU14 akan datang.