JASIN: Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tampil dengan cara tersendiri, bersiar-siar menunggang kuda sambil berkempen di sekitar Kampung Paya Tanjung untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.
Datuk Norazlanshah Hazali bekas pensyarah universiti awam itu menunggang kuda berwarna coklat di badan dengan tompok putih di kaki diberi nama Bonita yang memaparkan poster pilihan raya beliau mengandungi nombor giliran calon, nama beliau dan simbol pen yang diletakkan pada sisi pelana.
"Sebagai seorang Islam menunggang kuda adalah salah satu (amalan) mengikut sunnah dan disebabkan kekangan untuk berkempen dalam norma baharu ketika ini dan ia juga cara untuk beramah mesra dengan penduduk dan menyampaikan mesej mengapa mereka perlu mengundi saya pada PRN kali ini untuk mewakili suara mereka.
"Disebabkan pandemik agak sukar untuk kita mendekati penduduk secara dekat, jadi kita sebaik mungkin cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Norazlanshah yang berusia 41 tahun mempunyai Ijazah Doktor Falsafah Sains Makanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat untuk menyelesaikan isu yang dihadapi nelayan di DUN Serkam serta berhasrat menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.
DUN Serkam yang mempunyai seramai 15,977 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Norazlanshah, Ahmad Bilal Rahudin daripada Perikatan Nasional (PN), Muhammad Khomeini Kamal daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Zaidi Attan wakil Barisan Nasional (BN).
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'Perang' PRN Melaka sudah bermula, undi awal hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), DUN Serkam dimenangi penyandangnya Zaidi daripada BN dengan majoriti 2,737.
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Norazlanshah menunggang kuda bersiar-siar di sekitar Kampung untuk memperkenalkan diri kepada para pengundi. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.