MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru atau lebih di kesemua 28 kerusi yang dipertandingkan sekiranya calon disenarai diterima bertanding Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon, Isnin ini.
Senario ini susulan pengesahan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan calon masing-masing bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, pada PRN kali ini.
Pengumuman calon oleh ketiga-tiga parti yang dianggap dominan berkenaan sekali gus menolak kenyataan-kenyataan pemimpin parti terutamanya Bersatu, UMNO dan PAS yang berunding untuk tidak bertembung pada PRN ini.
Bersatu dari PN akan menentang BN yang diwakili UMNO di 13 kerusi iaitu Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Rembia, Durian Tunggal, Sungai Udang, Pantai Kundor, Paya Rumput, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Telok Mas, Rim dan Sungai Rambai.
Sementara PAS yang bergabung dengan UMNO sebagai Muafakat Nasional (MN) sebagai satu gagasan tetapi belum berdaftar pula akan bertembung di enam kerusi iaitu Kuala Linggi, Taboh Naning, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.
PRN berkenaan turut 'diserikan' dengan penyertaan julung kali Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan esok, sebuah lagi parti iaitu Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), dijangka akan mengumumkan calon mereka bagi bertanding pada PRN berkenaan.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Sayed Abdul Rahman tetapi belum diluluskan pendaftaran membuat keputusan mengambil jalan berkecuali walaupun sebelum ini berhasrat bertanding.
Bagi memastikan kejayaan mendapat mandat rakyat, kebanyakan parti juga turut mengambil pendekatan menampilkan calon muka baharu dengan BN sebanyak 86 peratus, PH (50 peratus) dan PN (kira-kira 82 peratus).
Parti-parti bertanding juga kebanyakannya menampilkan calon-calon yang mempunyai kelulusan akademik meyakinkan selain barisan calon muda dengan calon difahamkan termuda dari PH iaitu Ketua Srikandi PKR Melaka, Farzana Hayani Mohd Nasir yang berusia 21 tahun.
Pengumuman calon yang turut dilakukan secara maya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) membendung COVID-19 menarik perhatian pelbagai pihak termasuk pemerhati politik khususnya di beberapa kerusi seperti Tanjung Bidara, Asahan, Lendu, Sungai Udang dan Pantai Kundor.
Kerusi Tanjung Bidara akan menyaksikan pertembungan sengit calon `heavyweight' membabitkan Naib Ketua Srikandi Bersatu Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Pengelola Cabang PKR Masjid Tanah, Zainal Hassan.
Sementara kerusi Asahan membabitkan pertembungan antara Ketua Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan mewakili BN dan calon PH iaitu bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas ADUN Sungai Udang serta calon PN, B. Dhanesh.
Di kerusi Lendu pula akan menyaksikan persaingan antara bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mewakili BN dengan Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH), manakala di kerusi Sungai Udang, BN mempertaruhkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dijangka akan ditentang oleh Dr Mohd Aleef Yusof (PN) dan Hasmorni Tamby (PH).
Bagi kerusi Pantai Kundor, penyandangnya Datuk Nor Azman Hasan diberi peluang kali ini bertanding di bawah tiket PH berbanding sebelum ini di bawah BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan beliau akan ditentang calon BN Tuminah Kadi @Mohd Hasim dan Mohamad Ridzwan Mustafa (PN).
Selain itu terdapat lima kerusi yang dijangka akan menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan penyertaan parti Putra iaitu Gadek, Paya Rumput, Pengkalan Batu, Duyong dan Sungai Rambai.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata pertandingan tiga penjuru khususnya membabitkan UMNO dan Bersatu dilihat sebagai persaingan untuk membuktikan parti Melayu mana yang lebih diyakini rakyat.
"Senario pencalonan PRN Melaka yang membawa kepada pertandingan tiga penjuru juga mungkin akan berlarutan dalam PRU15 apabila tidak wujud pakatan pilihan raya khususnya antara UMNO dan Bersatu.
"Saya juga melihat persaingan akan lebih menjurus kepada tiga penjuru iaitu BN, PN dan PH. Parti lain dijangka tidak akan memberi saingan yang kuat, namun tidak mustahil juga ada pengundi akan memberikan undi protes atau bersikap berkecuali daripada memilih antara BN, PN dan PH dengan mengundi calon lain seperti Putra," katanya kepada Bernama.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.
Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021
![PRN Melaka bakal saksi pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru PRN Melaka bakal saksi pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635912064_pengundi.jpg)
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov. - Foto fail
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
![Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738916631_tbSaaraniMohamad.jpg)
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738919402_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738919772_tbDonaldTrumplett.jpg)
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
![Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion daripada RM24.86 bilion pagi ini.
![Muay Thai Duo Antarabangsa: Putra Abdullah janji tampil aksi garang di gelanggang Muay Thai Duo Antarabangsa: Putra Abdullah janji tampil aksi garang di gelanggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738920854_AtletMuayThaiPut.jpg)
Muay Thai Duo Antarabangsa: Putra Abdullah janji tampil aksi garang di gelanggang
Putra Abdullah bakal berdepan cabaran getir menentang petinju berpengalaman dari Terengganu Sabri Thaivisih dalam kategori 62kg.
![FAMA Perlis akan tambah bekalan kelapa hadapi Ramadan FAMA Perlis akan tambah bekalan kelapa hadapi Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738920259_kelapanyokcoconut.jpg)
FAMA Perlis akan tambah bekalan kelapa hadapi Ramadan
FAMA akan bekerjasama dengan pemain industri untuk memastikan rantaian bekalan kelapa kekal mampan serta dapat memenuhi keperluan pengguna.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686546015_TBRaufYusoh.jpg)
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
![Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666524910_banjir.jpg)
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
![Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654667848_SyuhahadaAbdKadir.jpg)
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
![PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649688483_MenteriBesarSelang.jpg)
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
![Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651999595_TBSULAIMANMDALI.jpg)
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
![UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633523785_norhizam.jpg)
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
![ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637480106_SungaiUdangDrMohd.jpg)
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
![Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636902519_TBPRNMELAKA.jpg)
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
![PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647065547_TBPRNJOHOR.jpg)
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
![Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645009146_TBSULAIMANMDALI.jpg)
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.