MELAKA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dikompaun RM4,000 selepas mengadakan sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bangunan Stadthuys, di sini pada Rabu.
Kompaun itu dikeluarkan susulan penganjuran berkenaan dikatakan menyebabkan hampir 40 individu berhimpun sehingga menyukarkan kawalan penjarakan fizikal.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kompaun itu dikeluarkan kepada penganjur program, yang juga Pegawai Media Muda Melaka, Muhammad Adly Farhan Abdullah.
“Pihak polis telah menasihatkan penganjur untuk memberhentikan program tersebut kerana SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 bertarikh 24 Oktober lalu, melarang apa-apa program berkaitan PRN Melaka mulai 25 Oktober sehingga 27 November depan.
“Tetapi beliau tidak memberikan kerjasama dan meneruskan sidang media tersebut yang mana ia menyebabkan kehadiran orang ramai berkumpul dianggarkan 30 hingga 40 orang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ujar Afzanizar, polis kemudian memanggil penganjur sidang media berkenaan untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sebelum kompaun dikeluarkan.
“Penganjur itu kemudian dimaklumkan telah melakukan kesalahan di bawah peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Pihak polis juga kemudian telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 kepada individu berkenaan kerana menganjurkan sidang media yang berkaitan PRN Melaka yang telah menyebabkan orang ramai berhimpun,” tambahnya.
BACA: PRN Melaka: Muda akan bertanding, sedang berunding dengan PH - Syed Saddiq
Terdahulu pada sidang media itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan parti itu akan bertanding dalam PRN pada bulan depan.
Jelasnya pada sidang media yang berlangsung kira-kira 10 minit itu, ketika ini rundingan sedang diadakan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menentukan soal agihan kerusi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan media sebelum ini, memaklumkan aktiviti perhimpunan serta majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan bermula 25 Oktober sehingga 27 November depan.
PRN Melaka bakal melibatkan 495,196 pengundi di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Wed Oct 27 2021

Terdahulu pada sidang media itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memaklumkan parti itu akan bertanding dalam PRN pada bulan depan. - Gambar/ Bernama
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.