KOTA BHARU: Kelantan dijangka mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini, sekali gus membuka laluan untuk pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pengumuman tarikh itu dijangka dibuat selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis (Exco) Kerajaan Negeri Kelantan pada Rabu.
"Insya-Allah kita tunggu masa mesyuarat Exco minggu ini," katanya.
Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut memaklumkan perkara sama.
"Tentang pembubaran, MB akan isytihar. Minggu ini dia isytihar tarikhnya. Tunggulah," katanya.
Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dengan tujuh diwakili Ahli DUN (ADUN) UMNO, satu ADUN Bersatu dan selebihnya ADUN Pas.
Sebelum ini, Setiausaha Agong Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, proses pembahagian kerusi antara parti dalam Perikatan Nasional di enam negeri yang terlibat dalam PRN, hampir selesai.
Tempoh tamat penggal DUN Kelantan berakhir pada penghujung bulan ini.
Astro Awani
Sun Jun 11 2023

Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. - Foto Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN ke-15.

Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin
Hanya tiga peratus janji yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.

Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.

PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi pembubaran DUN.

PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua kerajaan negeri hanyalah berstatus kerajaan sementara.

PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.