BALING: Kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Kedah mengambil keputusan 'tunggu dan lihat' mengenai kebarangkalian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang didakwa akan diadakan selepas PRN Johor.
Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, tindakan itu diambil selepas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor beberapa kali menegaskan bahawa tidak berlaku 'kekecohan' dalam kalangan wakil rakyat kerajaan di negeri itu.
Dalam masa sama, Johari mengesahkan tidak menerima sebarang 'ajakan' daripada mana-mana ADUN kerajaan terutama dalam kalangan ADUN Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan terhadap Sanusi.
"Dalam kes ini, kita lihat Menteri Besar, (Muhammad Sanusi) berkali-kali menyatakan bahawa tidak berlaku kekecohan di kalangan (ADUN) parti pemerintah, jadi kita (ambil pendekatan) tunggu dan lihat.
“(Mengenai ajakan dari ADUN BN untuk tarik sokongan itu) saya belum dengar lagi (dan dakwaan ada gerakan dari ADUN PH untuk jatuhkan kerajaan negeri pun) belum dengar lagi,” katanya.
Johari berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kenduri Rakyat memperingati Peristiwa Demonstasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974, di Padang Awam Kampung Lalang di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Johari memaklumkan, persiapan PH Kedah dalam menghadapi PRU-15 kini pada peringkat menyiapkan manifesto yang dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di negeri itu, Johari memaklumkan bahawa pihaknya turut mengambil pendekatan tunggu dan lihat memandangkan masih belum ada sebarang pertemuan dengan pimpinan parti berkenaan dalam membincangkan mengenai perkara itu.
"Alhamdulilah (persiapan PH Kedah sedang) bergerak maju, Datuk Phahrolrazi (sebagai) Ketua Pembangkang (DUN Kedah) juga menyatakan persiapan itu (ditingkatkan) dari semasa ke semasa (dan) sudah hampir (untuk) menyediakan manifesto (untuk PRU-15) yang mana kita akan lancarkan tidak lama lagi.
"(Pimpinan Pejuang ini) mereka belum ada berjumpa (dengan) saya atau Datuk Phahrolrazi (dan) belum ada 'hello-hello' lagi, kita anggap (ia sebagai) tunggu dan lihat," jelasnya.
Minggu lalu, beberapa pihak termasuk Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri mencabar Sanusi untuk mengumumkan penamatan kerjasama Muafakat Nasional (MN) di Kedah dan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Sanusi sebelum itu, menyatakan dakwaan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan daripada empat ADUN terhadap kepimpinannya hanya khabar angin.
ADUN Bandar Baharu dari BN, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui juga turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama seorang lagi wakil rakyat parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.
Abd Hadi Che Awang
Sun Feb 20 2022
Menurut Johari, tindakan tunggu dan lihat diambil selepas Menteri Besar Kedah menegaskan bahawa tidak berlaku 'kekecohan' dalam kalangan wakil rakyat kerajaan di negeri itu. - Gambar fail
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.