JOHOR BAHRU: UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang bertindak keluar daripada parti itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua mereka namun mengakui tindakan itu tiada kaitan dengan UMNO.
Katanya, UMNO juga tidak menerima permohonan daripada kedua-dua mereka untuk menyertai UMNO.
"UMNO tetap berterima kasih kepada kedua-dua bekas ADUN itu yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.
"Tapi tidak ada sebarang habuan yang dijanjikan kepada mereka. Mereka dengan sukarela suci hati keluar daripada PPBM (Bersatu) tanpa kami janjikan apa-apa. Itu kehendak mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama parti Makkal Sakti Malaysia yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.
BACA SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Terdahulu, bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor itu mengumumkan keluar Bersatu.
Tindakan itu selepas bekas ADUN Puteri Wangsa yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang meletak jawatan sebagai ketua bahagian dan mengumumkan keluar parti.
Kedua-dua mereka berbuat demikian dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, Ahmad berkata, tindakan Pas untuk terus bersama Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diduga dan bukan sesuatu yang memeranjatkan BN dan UMNO.
Katanya, BN dan UMNO bersedia menghadapi cabaran kedua-dua parti itu yang akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN)
Astro Awani
Sun Jan 30 2022
![PRN Johor: UMNO tidak tawar habuan bekas ADUN Bersatu keluar parti PRN Johor: UMNO tidak tawar habuan bekas ADUN Bersatu keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643531605_TBMASLAN.jpg)
Ahmad berkata, tindakan Pas untuk terus bersama Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diduga dan bukan sesuatu yang memeranjatkan BN dan UMNO. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681466737_TBMASHUP.jpg)
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
![Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674943400_HasniMohamad.jpg)
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
![Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15 Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668519732_HasniMohamad.jpg)
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667323391_TBmuhyiddin.jpg)
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
![PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649688483_MenteriBesarSelang.jpg)
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
![Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650963416_SPRMMDBrasuah.jpg)
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
![Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650721800_TBHasniMohamad.jpg)
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
![Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/41505729185_DatukTeeSiewKiong.jpg)
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
![PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646808551_TBTUNM.jpg)
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.