BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertikai kenyataan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) diiktiraf dalam menangani wabak COVID-19.
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu berkata, data sedia ada tidak pernah menipu dan menunjukkan yang sebaliknya.
Ahli Parlimen Pekan itu dalam menyenaraikan satu demi satu rekod PN berkata, Mohamed Azmin patut lihat graf kes baharu dan kematian COVID-19 bagi Malaysia berbanding negara-negara ASEAN, dan juga purata dunia bagi tempoh pentadbiran kerajaan PN yang tumbang pada Ogos 2021.
“Bagi kes kematian, saya ambil data sehingga pertengahan bulan September 2021 sebab kerajaan PN banyak menyorok kes kematian. Backlog ini akhirnya dilapor oleh kerajaan baharu.
“Dalam tempoh itu, Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia. Kita juara dunia COVID masa itu,” kata bekas Presiden UMNO itu lagi.
Pada 7 Februari lepas, Mohamed Azmin dilaporkan sebagai berkata, rakyat Johor perlu melihat rekod pencapaian pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewaktu negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang juga Ahli Parlimen Gombak itu berkata, antara kejayaan luar biasa PN adalah mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan COVID-19.
"Lihatlah rekod PN (walaupun) dalam tempoh begitu singkat, negara hadapi krisis kesihatan, krisis ekonomi namun kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN berjaya membawa negara keluar daripada krisis ini.
“Malah diiktiraf masyarakat dunia yang mana Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei meletakkan Malaysia di tangga ke-13 berbanding 115 pada tahun sebelumnya.
"Ini adalah rekod yang tidak boleh dipadamkan. Data tidak menipu.
"Ini kebaikan untuk industri di Johor. Kenapa kita tidak boleh terima?
"Kalau tidak suka, janganlah sampai nak dipadamkan kejayaan dan fakta-fakta itu.
"Kita perlu teruskan kejayaan ini dan saya serahkan kepada rakyat buat keputusan dalam PRN Johor," katanya lagi.
BACA: PRN Johor: Pengundi perlu lihat rekod pencapaian PN - Mohamed Azmin
Mengulas lanjut, Najib turut mengingatkan Mohamed Azmin bagaimana kerajaan ketika itu laksanakan lockdown ‘separuh masak’ dengan tempoh antara paling panjang dalam dunia.
“Kita asyik di tangga tercorot indeks-indeks COVID (Bloomberg, Nikkei, The Economist) masa itu.
"Kita satu-satunya negara yang laksana darurat untuk gantung Parlimen begitu lama sehingga Raja-Raja Melayu dan YDPA bertitah agar darurat tidak diteruskan.
“Kita satu-satunya negara di ASEAN yang diturunkan penarafan sehingga Malaysia akhirnya kehilangan penarafan gred A kita sejak berpuluh tahun lalu.
“Min dah lupa bahawa zaman kerajaan PN adalah zaman "move, tutup, move tutup", zaman ramai bunuh diri atau angkat bendera putih dan zaman kerajaan perlu rayu kepada rakyat derma kontena untuk simpan mayat,” kata Najib lagi.
Firdaus Azil
Wed Feb 09 2022
![PRN Johor: Rekod PN mana yang dibanggakan itu, soal Najib kepada Azmin PRN Johor: Rekod PN mana yang dibanggakan itu, soal Najib kepada Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644379206_JohorMemilihNajib.jpg)
Najib (kanan) mengingatkan Mohamed Azmin bagaimana kerajaan ketika itu laksanakan lockdown separuh masak dengan tempoh antara paling panjang dalam dunia. -Gambar fail
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
![Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647243726_TBCALONMBJOHOR.jpg)
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
![PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647287817_ProfMadyaDrAwa.jpg)
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
![UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647277587_HasniPRNJohor.jpg)
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
![[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur [ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646925295_LBPRNJOHOR.jpg)
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
![PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647105255_AminolhudaHassan.jpg)
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
![PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647103359_engerusiSuruhanjaya.jpg)
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
![PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647102532_Barisannasional.jpg)
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
![PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647100106_PengerusiBarisanNa.jpg)
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram [RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81449393947_SalahudinAyub.jpg)
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
![Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647098744_AstroAWANIFirdaus.jpg)
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".