TAIPING: Tiada keperluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
Tegasnya, perkara itu tidak dibincangkan dalam kalangan ahli dan pimpinan gabungan berkenaan yang membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan.
Kata beliau, walaupun PN hanya memenangi tiga kerusi dalam PRN Johor, ia tidak bermakna Ahli Parlimen Pagoh itu perlu meletakkan jawatan.
"Setakat ini perkara itu kita tak pernah bincang pun... nak tukar (Pengerusi PN) sama ada waktu menang atau kalah... siapa pengerusi PN, kita tak pernah bincang.
"Berjalan macam biasalah. Kalau kita tengok, dalam pertandingan yang baru ini (PRN Johor), PN tidak hilang wang pertaruhan banyak, kerusi (yang PN bertanding) kita tak hilang wang pertaruhan.
"Pas pun hanya satu sahaja hilang wang pertaruhan iaitu di kawasan DUN Paloh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Futsal Piala Datuk Haji Idris Ahmad di Kamunting di sini, pada Ahad.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Tengah malam tadi, Muhyiddin dilapor berkata bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berikutan kekalahan pada PRN Johor.
Pada PRN itu, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri yang kukuh.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi, diikuti PN (tiga), manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.
Ditanya sama ada Pas akan kekal dengan PN atau 'kembali' kepada Muafakat Nasional (MN) atau bergerak bersendirian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Idris tidak menjawab secara jelas.
Sebaliknya beliau berkata, Pas konsisten untuk bergerak atas semangat perpaduan parti antara Pas, Bersatu, UMNO atau dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan Pas.
"Setakat hari ini Pas kekal dalam bentuk perpaduan, kita terima perpaduan. Kita nak, daripada awal lagi kita konsisten. Sama ada dengan UMNO ataupun dengan Bersatu dan parti-parti yang bersedia untuk bersama dengan kita. Kita terimalah," katanya.
Amirrul Rabbani
Sun Mar 13 2022
Idris berkata, walaupun PN hanya memenangi tiga kerusi dalam PRN Johor, ia tidak bermakna Ahli Parlimen Pagoh itu perlu meletakkan jawatan. - Gambar/ Bernama
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.