IPOH: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berharap satu pertemuan bersama Pakatan Harapan (PH) dapat diadakan pada masa terdekat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Setiausaha Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi berkata, pertemuan di peringkat jawatankuasa tertinggi itu perlu diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan, termasuk penggunaan logo.
“Kita harap supaya supaya ada perbincangan di peringkat jawatankuasa tertinggi di antara kedua-dua parti iaitu PH dan Muda, untuk kita meteraikan, memuktamadkan proses ataupun perbincangan, menuju ke PRN.
“Perbincangan itu akan melibatkan pelbagai perkara berbangkit untuk kita menghadapi PRN termasuk soal penggunaan logo dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa Muda di Surau al-Qomar Taman Pengkalan Utama, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, Amir Hariri berkata, di peringkat parti, Muda telah mengadakan beberapa siri bengkel dalaman bagi mempersiapkan anggota parti untuk menghadapi PRN di enam negeri.
Katanya ‘Sidang Pilihan Raya Muda’ akan diadakan dalam tempoh kira-kira sebulan bagi mengadakan perbincangan dalaman, menyusun gerak kerja serta pembentukan jawatankuasa pilihan raya sebagaimana yang pernah diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Dalam perkembangan berasingan, Amir Hariri mengumumkan VKK Rajasekaran, 44 tahun, sebagai Pengerusi Muda Perak yang baharu berkuat kuasa semalam.
Beliau menggantikan Mutalib Uthman yang digantung keahliannya sebelum ini.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Muda Perak, Shukrie Ibrahim, 36 tahun, diumum sebagai Timbalan Pengerusi parti negeri berkuat kuasa tarikh sama.
Ujar Amir Hariri, setakat ini, hanya kepimpinan Muda di Perak sahaja yang berlaku rombakan susulan konflik pada pasca PRU15.
“Setakat ini, untuk yang berhadapan dengan konflik selepas PRU, hanya di negeri Perak sahaja yang memerlukan rombakan kepimpinan jawatankuasanya,” ujarnya.
Pada 28 Dis lalu, Muda mengumumkan salah seorang pengasasnya, Mutalib, digugurkan sebagai Pengerusi Muda Perak selain keanggotaannya dalam parti digantung selama tiga tahun.
Media melaporkan, keputusan itu dibuat susulan tindakan Mutalib yang mengumumkan dirinya bertanding di Parlimen Tapah pada PRU15.
Amirrul Rabbani
Wed Apr 12 2023
Amir Hariri berjabat tangan dengan Rajasekaran (tengah) ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa Muda di Surau al-Qomar Taman Pengkalan Utama, Ipoh, semalam. Turut kelihatan, Shukrie (kanan). - Foto Astro AWANI
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.