Kekalahan Dr Halimah Ali pada PRK Seri Setia semalam disifatkan sebagai 'menang dalam kalah' oleh calon Pas itu.
Beliau berkata walaupun secara rasmi keputusan PRK Seri Setia berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) tetapi di sebalik kemenangan itu, Pas sebenarnya mencipta pelbagai pencapaian yang sangat membanggakan.
Menurutnya, PH menang tapi jumlah undi mereka di Seri Setia menunjukkan kemerosotan daripada 29,250 undi pada PRU14 lalu kepada 13,725 undi pada PRK kali ini.
"Berbeza dengan Pas, sewaktu PRU14 lalu hanya memperoleh 4,563 undi sahaja tapi pada PRK kali ini kita berjaya mencatatkan peningkatan jumlah undi kepada 9,689 undi.
"Bukan setakat itu sahaja, kita juga berjaya mengekalkan kemenangan di daerah mengundi (DM) di PJS5 dengan undi yang lebih besar serta memenangi DM Sungai Way yang kita tak pernah menang sebelum ini," katanya ketika ditanya apakah Pas langsung tidak kecewa dengan kekalahan pada PRK Seri Setia, semalam.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata lebih membanggakan dalam PRK kali ini juga, buat pertama kalinya Pas turut membolot kemenangan apabila mencatatkan undi tertinggi menerusi undi pos, undi awal daripada polis dan tentera serta peningkatan ketara undi daripada golongan muda di sebahagian saluran di 20 unit DM di Seri Setia ini.
Beliau berkata, pencapaian tersebut menunjukkan pengundi muda sudah semakin bijak menilai dan bukan keluar mengundi berdasarkan tren semata.
Malah katanya, penjawat awam juga dilihat semakin matang serta cakna dengan apa yang berlaku dan lebih memahami fungsi Pas bukan bekerja untuk jawatan dunia semata.
Menurutnya, pemantauan dibuat juga menunjukkan pengundi dari kaum Tionghua dan India yang dulunya dilihat sangat takut pada Pas dan 99 peratus lebih rela memberi undi mereka pada PH, kini sudah berubah.
"Terdapat kira-kira 30 peratus peningkatan undi dari kaum India serta 10 kali ganda peningkatan undi dari kaum Cina kepada Pas di sini kali ini...
"Penerimaan kaum Cina jelas apabila sewaktu saya turun melawat ke saluran-saluran mengundi semalam, mereka yang panggil saya dan mahu bergambar. Kita sangat bersyukur dengan maklum balas sebegini.
"Walaupun undi tak cukup tapi kita menang di beberapa tempat, berjaya yakinkan lebih ramai pengundi di peringkat yang saya sebutkan tadi....Pencapaian ini adalah satu sejarah buat Pas dan sebab itu saya kata, Pas sebenarnya menang dalam kalah," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Pas TTDI Jaya, di sini, hari ini.
Halimah berkata, dalam keadaan Pas yang serba kekurangan dari segi kekuatan jentera mahupun dana yang terhad untuk berkempen sepanjang 21 hari ini, beliau bangga Pas boleh berada di tahap ini.
"Berbeza dengan PH yang mana Seri Setia dikatakan kubu kuat mereka selama tiga penggal dan mereka mempunyai kekuatan 3M iaitu 'money', 'media' dan 'machinery'...
"Kita sebaliknya hanya mampu menyantuni peribadi dan bergantung kepada semua bantuan dari Pas negeri, tiada program besar-besaran tetapi alhamdulillah berjaya capai lebih 9,000 undi, maknanya lebih 100 peratus undi Pas meningkat berbanding PRU14.
"Ini saya lihat sebagai isyarat atau 'wake up call' kepada PH agar lebih cakna dengan apa yang dialami rakyat," katanya menganggap kekalahan diri pada PRK kali ini sebagai takdir, namun mengucapkan tahniah kepada pengundi Seri Setia kerana berani memilih blok pembangkang sehingga menyumbang kepada pencapaian tersebut.
Sinar Harian
Sun Sep 09 2018
![PRK Seri Setia: Pas menang dalam kalah - Halimah PRK Seri Setia: Pas menang dalam kalah - Halimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61535993183_TBPRKPASxj.jpg)
DR HALIMAH: PH menang tapi jumlah undi mereka di Seri Setia menunjukkan kemerosotan daripada 29,250 undi pada PRU14 lalu kepada 13,725 undi pada PRK kali ini. -Gambar fail/Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![MP pembangkang cadang LGBT dikategorikan masalah mental MP pembangkang cadang LGBT dikategorikan masalah mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684827005_DewanRakyat.jpg)
MP pembangkang cadang LGBT dikategorikan masalah mental
Halimah berkata, kecelaruan mental adalah isu yang besar dan semua kementerian berkaitan bersama-sama mengatasinya secara tuntas.
![Dewan Rakyat kecoh tuduhan Menu Rahmah sebabkan kanser Dewan Rakyat kecoh tuduhan Menu Rahmah sebabkan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676880280_MenuRahmahDewanR.jpg)
Dewan Rakyat kecoh tuduhan Menu Rahmah sebabkan kanser
Topik Menu Rahmah menimbulkan pertikaman lidah antara blok pembangkang dengan seorang Ahli Parlimen Kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.
![Penduduk Taman Sungai Sireh bantah projek ECRL - Sukri Omar Penduduk Taman Sungai Sireh bantah projek ECRL - Sukri Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615616112_MohamedSukriOmar.jpg)
Penduduk Taman Sungai Sireh bantah projek ECRL - Sukri Omar
Sukri mendakwa, sebelum ini penduduk telah menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak berkenaan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
![Menu Rahmah: Kenyataan Dr Halimah mengelirukan - Amidi Menu Rahmah: Kenyataan Dr Halimah mengelirukan - Amidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676759605_AmidiAbdulManan.jpg)
Menu Rahmah: Kenyataan Dr Halimah mengelirukan - Amidi
Selaku seorang yang berlatarbelakangkan perubatan, apa yang dikatakan itu boleh memberikan pemahaman yang salah kepada orang ramai.
![PRK Seri Setia: Pas menang dalam kalah - Halimah PRK Seri Setia: Pas menang dalam kalah - Halimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61535993183_TBPRKPASxj.jpg)
PRK Seri Setia: Pas menang dalam kalah - Halimah
PH menang tapi jumlah undi mereka di Seri Setia menunjukkan kemerosotan daripada 29,250 undi pada PRU14 lalu kepada 13,725 undi pada PRK kali ini.
![Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536416822_HalimeyAbuBakar.jpg)
Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang
Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 23,423 orang berbanding 53,492 pengundi layak mengundi bagi DUN Seri Setia.
![Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536372287_PRKSeriSetia.jpg)
Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan
Halimey turut menggesa pengundi Seri Setia turun menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.
![PRK Seri Setia: Penganjur debat tidak mohon permit - calon PH PRK Seri Setia: Penganjur debat tidak mohon permit - calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81535735103_HalimeyAbuBakar.jpg)
PRK Seri Setia: Penganjur debat tidak mohon permit - calon PH
Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi penganjur program tersebut juga terdiri daripada penyokong Pas, malah turut tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
![PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536124545_halimeybakubakar.jpg)
PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey
Halimey berkata beliau hanya mendapat tahu mengenai dakwaan kononnya beliau dan Dr Halimah akan berdebat hanya melalui penyebaran maklumat yang tular di media sosial.
![Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534721137_PasUmno.jpg)
Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik
Kehadiran beberapa pimpinan UMNO jelas tanda sokongan kepada calon Pas, Dr Halimah Ali dan ia menunjukkan kebersamaan dalam konteks pembangkang.