Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
Tarikh penamaan calon diadakan pada 5 Jun manakala pengundian awal ditetapkan pada 14 Jun, ujar Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sebuah sidang media hari ini.
"Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi PRK Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.
"Manakala bagi PRK Sungai Besar, Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi akan diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar," tambahnya.
Parlimen P067 Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 32,632 pengundi biasa dan 312 pengundi awal.
Sementara itu Parlimen P093 Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal.
"Anggaran belanjawan yang diperlukan bagi mengendalikan kedua-dua PRK ini adalah sebanyak RM2.7 juta," tambah Mohd Hashim.
Beliau juga berkata dalam kedua-dua PRK kali ini, SPR akan menimbangkan pelantikan pemerhati tempatan jika ada permohonan untuk menjalankan pemerhatisn perjalanan proses PRK, bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.
Dua kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.
BACA: Jenazah Noriah Kasnon selamat dikebumikan
BACA: LAPOR LANGSUNG: Rangkuman berita tragedi helikopter terhempas
Mereka adalah antara enam orang yang menaiki helikopter yang pada awalnya dilaporkan hilang pada 4.12 petang sejurus berlepas dari Betong untuk ke Kuching.
Selain Noriah dan Wan Mohammad Khair-il, mereka yang turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
Mariah Ahmad
Fri May 13 2016
Pengumuman tarikh PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar disampaikan Mohd Hashim dalam sidang media pada Jumaat. - Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
Pukul ibu sedang solat, penganggur diarah buat pemeriksaan psikiatri
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Noraina dengan alat yang jika digunakan sebagai senjata boleh sebabkan kematian.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.