Barisan Nasional (BN) menerima dengan hati terbuka keputusan pengundi yang masih belum bersedia untuk memberi kepercayaan kepada parti itu pada pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh pada Khamis.
Pengarah PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun tewas, namun keputusan tersebut sudah menampakkan peningkatan sokongan rakyat kepada BN.
“Kami terima keputusan dibuat oleh pengundi Permatang Pauh dengan berlapang dada dan menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh rakyat... kuasa rakyat adalah kuasa mutlak,” kata Ahmad Zahid.
Walau bagaimanapun, katanya, mereka terkilan dengan sikap para penyokong parti yang mencetuskan kekecohan di beberapa buah pusat mengundi semasa proses pengundian berlangsung.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, penyokong parti bertindak keterlaluan dan berani sehingga sanggup membelakangkan udang-undang negara.
“Namun kami agak terkilan dengan beberapa kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di beberapa kawasan undian.
“Biarpun pihak keselamatan sedaya upaya mengawal ketenteraman awam di kawasan berkenaan, namun kita lihat ada pihak yang bertindak seolah-olah tidak ada undang-undang dan peraturan di negara kita.
“Jika inilah bentuk demokrasi yang mereka ingin terjemahkan, pada hemat saya, ada harga yang terpaksa yang dibayar lebih mahal satu ketika nanti,” kata Ahmad Zahid.
Sementara itu, biarpun kecewa dengan keputusan pilihan raya ini, calon BN Suhaimi Sabudin menyifatkan PRK kali ini adalah pengalaman berharga buatnya.
“Sebagai calon, saya sememangnya agak kecewa di atas keputusan yang dibuat, tapi bagaimanapun saya berlapang dada dan menerima keputusan ini.
“Saya jadikan pilihan raya kali ini sebagai pengalaman di dalam karier politik saya. Walau bagaimanapun BN akan terus berkhidmat kepada rakyat,” kata Suhaimi.
PRK Permatang Pauh yang berlangsung hari ini menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kubu kuatnya biarpun dengan majoriti lebih rendah.
BACA: PKR kekal kerusi Permatang Pauh
PKR menang dengan majoriti 8,841 undi, menurun berbanding 11,721 undi, yang diperoleh mereka pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 30,316 undi manakala BN yang diwakili calonnya, Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi.
Dua lagi calon mewakili Bebas, Salleh Isahak dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman masing-masing memperoleh 367 undi dan 101 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.
Astro Awani
Thu May 07 2015

AHMAD ZAHID: Walaupun tewas, namun keputusan tersebut sudah menampakkan peningkatan sokongan rakyat kepada BN. -Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.