KUALA LUMPUR: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) sudah mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama berkenaan, dan berkata pemilihan calon yang paling sesuai antara mereka akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti nanti.
"Kita ada beberapa orang nama, tetapi mereka yang sesuai akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti...yang pasti calonnya adalah daripada PBB kerana kerusi (DUN Jepak) itu milik parti PBB," kata beliau yang juga Menteri Kerja Raya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad tambahan Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mesyuarat khas hari ini menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi DUN Jepak, Sarawak pada 4 Nov depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 21 Okt dan 31 Okt.
PRK Dun Jepak diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip akibat komplikasi buah pinggang pada 15 Sept lepas. Talib, 72, adalah penyandang kerusi itu selama enam penggal sejak 1996.
Sementara itu Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata kempen bagi PRK itu akan dijalankan bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan atas semangat setia kawan.
"Saya ingat cara berkempen itu tidak akan menjadi masalah sebab kita dah bersama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan hasil persefahamannya juga saya harap dapat ditunjukkan dalam PRK DUN Jepak ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
![PRK Jepak: Sudah ada beberapa nama calon dari PBB - Nanta Linggi PRK Jepak: Sudah ada beberapa nama calon dari PBB - Nanta Linggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695120178_AlexanderNantaLing.jpg)
Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama berkenaan, dan berkata pemilihan calon yang paling sesuai antara mereka akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti nanti. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699098608_PRKDUNJepak.jpg)
PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung
Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah ditutup bagi memulakan proses pengiraan undi.
![PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup awal PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699055810_tbPRKJepak.jpg)
PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup awal
Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.
![PRK Jepak: 45 peratus keluar mengundi setakat 3 petang PRK Jepak: 45 peratus keluar mengundi setakat 3 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699080269_Pengundiwargaemas.jpg)
PRK Jepak: 45 peratus keluar mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 45 peratus setakat 3 petang ini.
![PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699077631_AbdulGhaniSalleh.jpg)
PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
![PRK Jepak: 37 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari PRK Jepak: 37 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699075733_IskandarTurkee.jpg)
PRK Jepak: 37 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 37 peratus setakat 1 tengah hari ini.
![PRK Jepak: 33 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari PRK Jepak: 33 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699071881_TBIskandarTurkee.jpg)
PRK Jepak: 33 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 33 peratus setakat 12 tengah hari ini.
![PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699055810_tbPRKJepak.jpg)
PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini
Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang, tiga lagi pada 4 petang.
![PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698999715_ribut.jpg)
PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang
Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, esok.
![PRK Jepak: Elak mengundi pada saat-saat akhir - SPR PRK Jepak: Elak mengundi pada saat-saat akhir - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698987394_DatukIkmalrudinIsh.jpg)
PRK Jepak: Elak mengundi pada saat-saat akhir - SPR
Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dinasihatkan agar tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir, esok.
![PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698758289_TBamarawang.jpg)
PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.