KOTA KINABALU: Suhu politik di negeri Sabah kembali hangat susulan tindakan seorang lagi wakil rakyat pembangkang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) bertindak keluar parti itu, pada hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 70 Kukusan, Rina Jainal merupakan wakil rakyat terbaru berbuat demikian dan menyatakan hasrat untuk menyokong pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kota Kinabalu petang tadi, beliau yang juga Naib Wirawati Warisan bagaimanapun menyatakan, tindakan keluar parti tersebut adalah berdasarkan kerelaannya sendiri dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak.
"Saya mengambil tindakan keluar parti dan berhasrat untuk menyokong kepimpinan GRS/BN yang diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji.
"Bagaimanapun, saya tetap berterima kasih dengan semua pimpinan, akar umbi Warisan yang menjadikan saya seorang ahli politik dan wakil rakyat, namun perjuangan demi rakyat saya tetap teruskan biar berlainan platform.
"Saya juga ingin menyampaikan, bahawa tindakan saya ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan tiada perselisihan antara saya dan pimpinan Warisan sebelum ini. Cuma tindakan ini saya kira atas faktor rakyat di kawasan saya wakili, dengan hanya GRS sahaja dapat membangunkan ekonomi setempat setakat ini," katanya.
Untuk rekod, Rina merupakan wakil rakyat keenam selepas beberapa lagi ADUN dari Warisan seperti Hassan Awg Ghani Pg Amir, Datuk Yusuf Yacob, Datuk Mohamadin Ketapi, Datuk Peter Anthony dan Datuk Juil Nuantim bertindak keluar parti itu pada tahun lalu.
Terdahulu, dalam sidang media yang diadakan bersama pihak Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan dipengerusikan oleh Presidennya, Tan Sri Liew Yun Fah itu turut mendedahkan, parti itu menyokong kepimpinan GRS.
Jelas Yun Fah, Rina sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya selain menyatakan hasrat untuk menyertai Harapan Rakyat.
"YB Rina ada bertemu dengan kami dan dalam masa sama juga berhasrat menyertai parti Harapan Rakyat Sabah.
"Untuk makluman, parti ini telah lama berada di dalam senario politik Sabah dan ia merupakan satu platform yang baik tepat untuk memperjuangkan agenda negeri dan nasional," katanya.
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Jun 05 2022
Rina (dua dari kiri) menyatakan hasrat untuk menyokong pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor. - Astro AWANI
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Politik Sabah: Rina Jainal keluar Warisan
Rina menyatakan tindakan keluar parti tersebut adalah berdasarkan kerelaannya sendiri dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak.