KOTA KINABALU: Kemelut politik di Sabah menyaksikan pemimpin parti-parti politik di negeri itu masing-masing menyuarakan pandangan berbeza mengenai kedudukan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Ia bermula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghidu cubaan menyerang Hajiji dan kerajaan negeri Rabu lalu (4 Jan), dengan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan parti itu sedia membuktikan keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri.
Pihak tersebut mula menampakkan diri mereka Jumaat malam (6 Jan) dengan sekutu Hajiji dalam kerajaan negeri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Timbalan Ketua Menteri, mengumumkan keputusan untuk menarik sokongan daripada kerajaan Sabah.
Tindakan BN Sabah menarik sokongan menurut Bung Moktar kerana hilang kepercayaan kepada Hajiji sebagai ketua menteri, selain perjanjian BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 tahun 2020 dilanggar, antaranya dengan Hajiji serta pengikutnya keluar Bersatu yang merupakan komponen PN.
Selain itu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat iaitu Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Wetrom Bahanda (Bandau), dan Datuk Juil Nuatim (Limbahau), percaya Hajiji tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.
Pada Sabtu, Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula menegaskan, semua pihak harus mematuhi undang-undang terutama Perlembagaan Negeri Sabah, dalam menentukan kedudukan ketua menteri dan kerajaan negeri.
Warisan tidak mendesak Hajiji meletak jawatan, sebaliknya ADUN Sulaman itu sendiri perlu faham kedudukannya kini berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah, dan turut mendakwa tindakan Hajiji keluar Bersatu menyebabkannya tidak mengetuai sebuah parti, kerana GRS adalah gabungan parti.
Menyambut serangan itu, Masidi sekali lagi tampil menegaskan GRS mendapat sokongan majoriti lebih daripada cukup daripada ADUN untuk mengekalkan kerajaan negeri, dan tiada merit atas dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tiada hak di sisi undang-undang untuk kekal sebagai ketua menteri.
Lima ADUN BN Sabah pula tampil mempertahankan kedudukan Hajiji sebagai ketua menteri, dengan menolak keputusan BN negeri menarik sokongan itu dan menegaskan ini bukan masa merebut kuasa politik, sebaliknya masa untuk bersatu supaya kerajaan negeri dapat memulih dan memajukan ekonomi, serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
ADUN itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Pembantu Menteri Kewangan negeri Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan negeri Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).
Pakatan Harapan (PH) Sabah juga pada Sabtu menyatakan sokongan kepada Hajiji, selain tidak bersetuju Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan kesemua tujuh ADUN PH Sabah menegaskan sekiranya kemelut itu tidak ditangani segera, ia akan menyaksikan kedudukan DUN tergantung.
Mereka ialah Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang juga ADUN Api-Api, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon (Tanjung Papat), Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).
Hajiji turut mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini pada 4.22 petang Sabtu dipercayai melibatkan situasi politik negeri ini.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Sabah, bagi membincangkan isu politik negeri itu sebaik sahaja pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia.
Ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Sabtu, Anwar berkata beliau telah menghubungi Hajiji dan berpuas hati dengan keadaan semasa di negeri itu, yang dianggap dalam keadaan terkawal.
"Saya juga difahamkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah bercakap dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan keadaan terkawal untuk seketika.
"Kita (kerajaan) akan pastikan keadaan pengurusan kerajaan negeri itu tidak terjejas kerana keutamaan kita ialah menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat. Pastinya selepas saya kembali dari Jakarta saya akan beri perhatian khusus tentang perkembangan di Sabah," katanya.
Pada Ahad, Istana Seri Kinabalu akan terus menjadi tumpuan petugas media bagi melaporkan perkembangan semasa situasi politik Negeri di Bawah Bayu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Mohd Shafie mendakwa, Hajiji (gambar) hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri Sabah apabila beliau dan barisan ADUN serta pemimpin bertindak keluar daripada Bersatu. - Gambar fail/BERNAMA
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa.
AWANI Ringkas: Tumpuan di Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Permukiman SOCA berlangsung di Desaru, Johor hari ini
Mesyuarat SOCA beri tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang dijadualkan untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Mac 2025
1️⃣ Tumpuan di Parlimen
2️⃣ Perancangan bandar rendah karbon
3️⃣ 35,368 kes tipu dilapor tahun lepas
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan di Parlimen
2️⃣ Perancangan bandar rendah karbon
3️⃣ 35,368 kes tipu dilapor tahun lepas
#awaniringkas

Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri
Bung Moktar dan isterinya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.