MELAKA: Ketua UMNO Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengingatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron agar membuktikan segala dakwaan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Jelasnya, tindakan memburuk-burukkan UMNO dan individu tertentu bukan satu politik matang yang diamalkan di negeri itu.
"Saya nak memperingat kepada mereka, jangan suka aibkan orang. Kalau tuduhan itu boleh dibuktikan, saya ajak mereka sila buat laporan mana mana pihak berwajib untuk mereka kemukakan apa juga kesalahan yang mereka dakwa itu kepada semua pihak.
"Berpolitiklah secara matang, supaya kesejahteraan rakyat dan kebaikan kepada rakyat. Bukan berpolitik burukkan orang itu dan ini, kita pun ada buruk kita. Tak sepatutnya aibkan sesama kita," jelasnya.
BACA LAPOR LANGSUNG KEMELIUT POLITIK MELAKA DI SINI
Mengulas lanjut, Mohamad Ali turut mendedahkan bahawa kemelut politik yang berlaku di Negeri Melaka itu bermula pada tahun 2018 selepas kedua wakil rakyat itu kalah dalam Pemilihan UMNO peringkat bahagian Tangga Batu.
"Mereka telah merancang lebih awal menumbangkan kerajaan UMNO. Saya nak berikan sedikit rentetan peristiwa ini, tatkala saya mengalahkan beliau.
"Bila Pemilihan UMNO Bahagian Tangga Batu pada tahun 2018 lepas, ahli cawangan mencalonkan saya, saya tak terfikir nak jawatan ini ketika parti dah kalah dan tidak mempunyai apa apa.
"Apabila wakil rakyat Sungai Udang kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat Pantai Kundor kalah Timbalan Ketua Bahagian.
"Ketika itu saya bukan wakil rakyat dan rakan saya Datuk Abu Bakar Mohamad Diah pun bukan wakil rakyat tetapi menang.
"Sejak itu keretakan berlaku dalam parti UMNO Bahagian Tangga Batu, apabila mereka tidak boleh menerima kekalahan mereka dalam pemilihan parti pada tahun itu," katanya lagi.
Malah jelas Mohamad Ali, beberapa jemputan diberikan kepada kedua wakil rakyat itu namun tidak diendahkan.
"Saya jemput penyerahan tugas ketika itu, tetapi mereka tidak hadir dan kita pun dianiaya bila wang parti, buku cek tidak diserahkan kepimpinan baru.
"Seolah olah nak sabotaj parti ketika itu, saya memikul tanggungjawab dan menghidup UMNO Bahagian. Saya menyusun langkah bersama rakan rakan memperkukuhkan UMNO di Tangga Batu," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Mohamad Ali turut mempersoal tindakan bekas ADUN Sungai Udang yang dikatakan demi kepentingan rakyat.
"Mereka katakan berjuang demi kepentingan rakyat, kalau berjuang demi kepentingan rakyat, dia tak namakan dia dalam SD dia nak jadi Ketua Menteri.
"Pada saya malulah, sebagai ketua menteri yang lepas, sebab UMNO kalah pada PRU yang lepas adalah atas bahu Datuk Idris sendiri sebabkan UMNO kalah.
"Bila Tun Mohd Ali dah tunjukkan contoh kepimpinan Ketua Menteri amat disayangi, bila beralih kepimpinan Idris, susah nak datang jumpa dia. Rakyat nak jumpa pun susah, kadang-kadang kena marah.
"Perbezaan ditunjukkan amat jauh antara bumi dan langit, contoh daripada Tun Mohd Ali dengan Idris Haron dan menyebabkan rata-rata rakyat ketika itu menyebabkan UMNO kalah pada PRU14," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas ditemui media di kediamannya di Klebang pada Khamis.
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Thu Oct 07 2021
Mohamad Ali turut mendedahkan bahawa kemelut politik yang berlaku di Negeri Melaka itu bermula pada tahun 2018. - Foto fail/BERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamad Ali umum tanding MKT
Keputusan itu dibuat memandangkan ketika ini di peringkat pusat telah melalui banyak perkara di mana segelintir pemimpin UMNO juga tidak menghormati institusi presiden.
Dakwaan Sulaiman dipaksa tandatangan surat letak jawatan Ketua Menteri Melaka tidak berasas
Sulaiman akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.
PRN Melaka: Calon BN fail petisyen mohon batal keputusan DUN Sungai Udang
Mohamad Ali yang tewas dalam PRN Melaka, memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef Yusof daripada PN yang memenangi kerusi itu.
PRN Melaka: UMNO Tangga Batu ambil tindakan singkir pengkhianat, pembelot
UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.
PRN Melaka: Cikgu Ali yakin BN menang kali ini
Ia bersandarkan keadaan di mana mereka bakal berdepan tentangan yang hampir serupa dengan keadaan pada PRU14 tiga tahun lalu.
PRN Melaka: Guna perkataan 'lahabau', UMNO gesa tolak kempen biadap
Mohamad Ali berkata, cara berkempen itu memperlekehkan sikap rakyat Melaka yang asalnya terkenal dengan budi bahasa dan adab yang tinggi.
Lama dalam politik, Mohamad Ali pertama kali bertanding dalam pilihan raya
Walaupun sudah lebih 36 tahun terjun ke kancah politik, namun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, buat pertama kalinya menjadi calon dan akan bertanding.
PRN Melaka: Tindakan Pas guna logo PN tak jejas hubungan dengan UMNO
Tindakan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini tidak menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional (M
PRN Melaka: Enam Bahagian UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu - Mohamad Ali
Enam Ketua Bahagian UMNO di Melaka membuat pendirian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak dilanda ribut.