KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan itu diberikan oleh 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, 18 Pas dan satu daripada STAR termasuk empat bebas.
"Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.
BACA: Calon PM ke-9: Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara
BACA: 114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri - Ahmad Maslan
"Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk Kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA: Calon PM ke-9: 17 Ahli Parlimen GPS, satu Bebas selesai menghadap Agong secara maya
Ujarnya, keputusan itu dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan negara sehingga mandat dikembalikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
"Keputusan ini juga bermakna Perikatan Nasional lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa.
"Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli politik mesti berjiwa besar (magnanimous) demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.
BACA: Calon Perdana Menteri ke-9: Ahli Parlimen UMNO, Bersatu pulang dari Istana Negara
BACA: Ismail Sabri boleh jadi Perdana Menteri yang baik - Ahmad Maslan
Justeru, beliau berharap proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin turut memberi komitmen untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU15 apabila tiba masanya.
Astro Awani
Thu Aug 19 2021
Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19. - Gambar fail/JAPEN
Purata gaji naik RM56 setahun, apa sudah jadi?
Ketua Pegawai Eksekutif THE FUTURE, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari mengulas laporan KRI yang mendedahkan gaji pekerja di Malaysia tidak tumbuh dengan signifikan dalam tempoh 10 tahun lalu.
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Pengasas Instagram kini sertai Anthropic sebagai ketua pegawai produk
Mike Krieger akan menjadi ketua pegawai produk di Anthropic yang akan memantau pembangunan projek, pengurusan dan kerja-kerja rekaan.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".