KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menubuhkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat PN bagi menjadi pembangkang yang berkesan.
Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menempatkan Ahli-Ahli Parlimen gabungan itu yang berkemahiran dan berpengalaman dalam kerajaan terdahulu untuk menjadi pembangkang yang berkesan.
"Oleh sebab itu Majlis Tertinggi PN telah bersetuju dalam mesyuarat lepas cadangan Sekretariat Ahli Parlimen membentuk Jawatankuasa Portfolio di mana Ahli Parlimen berkemahiran dan berlatar belakang pengalaman dalam kerajaan mengetuainya bersama Ahli Parlimen lain.
"Contoh bidang ekonomi, pertanian, alam sekitar, Pendidikan… ini yang gambar kita telah cetak dan edar kepada pimpinan supaya Ahli Parlimen (PN) diketahui bukan setakat Ahli Parlimen biasa tapi ada kemahiran, pengalaman dan respon beberapa isu berkaitan portfolio masing-masing," jelasnya.
Jawatankuasa itu melibatkan 29 Ahli Parlime PN diketuai Muhyiddin dibantu Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Berikut senarai Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat PN:
* Datuk Mohd Radzi Jidin (Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi)
* Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kementerian Dalam Negeri)
* Datuk Idris Ahmad (Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama)
* Datuk Seri Ronald Kiandee (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan)
* Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
* Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi)
* Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Kementerian Pertahanan)
* Datuk Seri Shahidan Kassim (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah)
* Ahmad Fadhli Shaari (Kementerian Belia dan Sukan)
* Wan Ahmad Fasyhal Wan Ahmad Kamal (Kementerian Luar Negeri)
* Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
* Datuk Rosol Wahid (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup)
* Datuk Ali Biju (Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Tugas Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)
* Datuk Muslimin Yahaya (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
* Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
* Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan)
* Datuk Mohd Shuhami Abdullah (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya)
* Datuk Awang Hashim (Kementerian Sumber Manusia)
* Datuk Ahmad Amzad Mohamed (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
* Datuk Wan Saiful Wan Jan (Kementerian Komunikasi dan Digital)
* Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Kementerian Kerja Raya)
* Dr Hajah Halimah Ali (Kementerian Perpaduan Negara)
* Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
* Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Kementerian Kesihatan)
* Datuk Azman NAsrudin (Kementerian Perladangan dan Komoditi)
* Ir Khairil Nizam Khirudin (Kementerian Pengangkutan)
Fareez Azman
Thu Feb 02 2023

Perikatan Nasional (PN) menubuhkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat PN bagi menjadi pembangkang yang berkesan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.