KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan dakwaan bahawa gabungan itu menerima dana hasil perjudian adalah satu fitnah besar.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertuduhan berat itu satu pembohongan ke atas gabungan tersebut, maka tindakan perundangan tidak mustahil akan diambil terhadap pihak terlibat.
Menurutnya, PN akan berbincang dengan pihak peguam berhubung tindakan susulan yang akan diambil mengenai dakwaan gabungan itu menerima dana daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lepas.
Beliau berkata, Menteri Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini ada menyatakan bahawa tuntutan itu tidak dapat disahkan sekali gus membuktikan bahawa dakwaan yang dilemparkan kepada PN adalah fitnah dan satu pembohongan.
"Kita (PN) akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atas kenyataan itu.
"Terlebih dahulu, kita (PN) ingin menegaskan bahawa dakwaan ini satu tuduhan dan fitnah yang serius. PN akan menunggu jawapan daripada Anwar sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan kes berhubung pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Muhyiddin berkata, apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini yang menyatakan PN sebelum ini pada PRU-15 menggunakan wang judi adalah tidak benar sama sekali.
Malah beliau berkata, Azalina ada menyatakan tidak ada satupun petanda boleh membuktikan bahawa perkara (dakwaan) itu betul.
Sehubungan itu katanya, PN akan berbincang dengan pihak peguam tentang langkah (tindakan) seterusnya yang akan diambil terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Insya-Allah, kita (PN) akan teliti perkara ini, namun apa yang penting pertama sekali kita akan minta mereka memohon maaf kerana ini satu fitnah serta pertuduhan yang berat.
"Selepas itu saya akan tengok apa yang mereka akan lakukan selepas itu," ujarnya.
Sebelum itu, dalam jawapan bertulis sesi Parlimen pada Khamis, Azalina berkata dakwaan bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen pilihan rayanya tidak dapat disahkan.
Azalina berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan terperinci dan mendapati maklumat itu sangat umum dan tiada pihak dapat mengesahkannya, maka tiada kertas siasatan dibuka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023
Muhyiddin berkata, pertuduhan berat itu satu pembohongan ke atas gabungan tersebut, maka tindakan perundangan tidak mustahil akan diambil terhadap pihak terlibat. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Dana judi: Anwar cabar PN kemuka saman
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataannya bahawa parti itu menerima dana judi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pas yakin Bersatu bersih dari tuduhan dikaitkan dengan dana judi - Hadi
Beliau menegaskan pihak yang membuat tuduhan tersebut perlu mengemukakan bukti bahawa Bersatu menggunakan dana dari syarikat judi untuk membiayai kempen pilihan raya.
Tuduhan dana judi: 'Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan jika ia tidak mempunyai asas.
Isu dana judi: 'Kenapa Muhyiddin nak saman saya?' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid hairan dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau.
Siasatan dakwaan PN terima dana judi tidak dihenti, gugur - Azalina
Siasatan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan dihentikan atau digugurkan.
PN bakal ambil tindakan mahkamah dakwaan terima dana perjudian
Perikatan Nasional (PN) menyifatkan dakwaan bahawa gabungan itu menerima dana hasil perjudian adalah satu fitnah besar.
Dana judi: Pas mahu Perdana Menteri mohon maaf secara terbuka
SPRM menyatakan tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Mana tuduhan PN terima dana judi, soal Ahmad Fadhli
Beliau berkata sedemikian susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang tidak dapat membuktikan tuduhan terbabit.