Datuk Seri Najib Tun Razak berpesan kepada semua jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak leka atau ambil mudah kerja masing-masing.
Perdana Menteri mengingatkan agar semua jentera parti perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, menunaikan janji, meluangkan masa bertemu dan mendengar denyutan nadi rakyat untuk mengetahui hasrat dan keperluan mereka.
"Saya harap bahagian atau cawangan UMNO akan meningkatkan lagi gerak kerja, selesaikan perselisihan yang boleh memudaratkan parti. Gunakan persidangan cawangan dan bahagian sebagai landasan bagi bincang dan selesai masalah yang dihadapi oleh rakyat.
"Kita harus sentiasa bersedia dan berusaha memastikan jentera kita terus mantap untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya dalam catatan terkini dalam laman blog rasmi beliau www.najibrazak.com hari ini.
Presiden UMNO itu menjelaskan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lepas telah menetapkan tarikh persidangan UMNO cawangan dan perwakilan bahagian pada tahun ini dibuat lebih awal.
Katanya tarikh mesyuarat UMNO cawangan ditetapkan antara 17 Mac hingga 30 April manakala persidangan perwakilan bahagian antara 7 Julai dan 26 Ogos.
"Saya jelaskan kita tidak harus membuat andaian dan spekulasi bahawa tarikh awal persidangan tahun ini merupakan petunjuk kepada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Tiada yang luar biasa bagi persidangan tahunan diadakan pada awal tahun mahupun akhir tahun. Kita awalkan tarikhnya kerana tahun ini terdapat banyak acara seperti temasya Sukan SEA dan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada bulan Jun, Insya-Allah," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017
![PM Najib ingatkan jentera UMNO, BN agar tidak leka PM Najib ingatkan jentera UMNO, BN agar tidak leka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485516763_DSNajibRazak.jpg)
Datuk Seri Najib Tun Razak berpesan kepada semua jentera UMNO dan BN agar tidak leka atau ambil mudah kerja masing-masing. - Gambar Astro AWANI/ Shahir Omar
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
![BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716798756_Zahidhamidi.jpg)
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
![Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour'' Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700277127_RajaMohamed.jpg)
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
![PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686444661_Takiyuddin.jpg)
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
![Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694521774_MatSabu.jpg)
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
![PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695628564_amizar.jpg)
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
![BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694346884_IshamJalil.jpg)
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
![PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680357486_KHAIRYJ.jpg)
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
!['UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina 'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692866130_AzalinaOthmanSaid.jpg)
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
![Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692189664_PRNSelangor.jpg)
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.