PKR tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Dr Roland Chia muktamad atau sebaliknya, kata Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata beliau dimaklumkan Roland kini berada di luar negara dan pihaknya dalam proses menghubunginya untuk mendapat maklumat lanjut untuk mengesahkan kenyataan pendek ditulis di laman sosial.
"Saya telah berhubung dengan pimpinan KEADILAN Sabah dan pegawai-pegawai Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa beliau (Roland) memang ada masalah kesiahatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.
"Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan beliau, saya tidak dapat mengesahkan keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Roland dalam entri di akaun Twitter dan Facebook miliknya telah menulis bahawa beliau melepaskan jawatan hari ini atas faktor kesihatan.
Astro Awani
Wed Dec 17 2014
![PKR tidak dapat mengesahkan status Dr Roland Chia PKR tidak dapat mengesahkan status Dr Roland Chia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51408873479_295x200.jpg)
PKR belum dapat mengesahkan status Adun Inanam, Dr Roland Chia. - Foto Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PKR tidak dapat mengesahkan status Dr Roland Chia PKR tidak dapat mengesahkan status Dr Roland Chia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51408873479_295x200.jpg)
PKR tidak dapat mengesahkan status Dr Roland Chia
Rafizi berkata beliau dimaklumkan Dr Roland kini berada di luar negara dan PKR sedang berusaha menghubunginya.