IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Pada PRU14, parti itu bertanding di 14 kerusi DUN dan menang empat daripadanya iaitu Simpang Pulai, Teja, Ulu Kinta dan Kuala Kurau.
Pengerusi PKR Perak, Chan Lih Kang berkata, mereka mahu bertanding lebih banyak kerusi dan menyumbangkan sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN untuk membantu Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut masih belum diputuskan kerana ia akan dibincangkan terlebih dahulu dalam kalangan parti komponen PH.
“Rundingan kerusi di peringkat Pusat akan bermula pada hari Khamis ini.
“Rundingan untuk DUN, kita akan sambung, sebelum ini mungkin dalam 80 hingga 90 peratus sudah selesai,” katanya dalam sidang media di Pejabat PKR Perak di sini, hari ini.
Pada sidang media itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim, turut mengumumkan barisan baharu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak bagi sesi 2022-2025.
Timbalan Pengerusi ialah Mohd Hairul Amir Sabri (Kerua Cabang Kuala Kangsar) manakala tiga Naib Pengerusi ialah Muhamad Arafat Varisai Mahamad (Ketua Cabang Tambun), S. Kesavan (Ketua Cabang Sungai Siput) dan Abdul Razak Nazri (Ketua Cabang Lumut).
Mengenai kedudukan Muhamad Arafat yang dikatakan telah diumumkan di dalam mesyuarat Biro Politik PKR Pusat sebelum ini sebagai Timbalan Pengerusi, Lih Kang berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.
“Senarai yang telah saya bentangkan ini telahpun mendapat dari Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan juga Politik, jadi isu ini tidak timbul,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Aug 29 2022

Chan (duduk, tengah) bercakap pada sidang media di Pejabat PKR Perak di Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.

Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak
Dakwaan Ahmad Faizal kononnya Anwar tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Tambun tidak berasas, kata Timbalan Pengerusi PKR Perak.

PKR Perak lakukan tapisan teliti calon jawatan lantikan politik
Setiausaha PKR Perak Mohd Azlan Helmi berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap lantikan baharu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur.

PRU15: PKR tanding 21 kerusi DUN di Perak
PKR Perak mengumumkan akan bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan menampilkan 17 muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

PRU15: PKR Perak mahu pertahan semula kerusi DUN Kuala Kurau
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu mempertahankan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menjelang PRU15, PKR tinjau kawasan dikhianati di Perak
Anwar dan Rafizi akan hadiri Himpunan Harapan Perak Bangkit dengan beberapa siri ceramah.

PKR Perak mahu tanding lebih banyak kerusi DUN pada PRU15
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PKR Perak jemput semua ahli politik utamakan perpaduan demi rakyat
PKR Perak menjemput semua ahli politik agar mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat.

Muhasabah diri, nasihat PKR Perak kepada Azmin
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata mereka yang dilantik merupakan rakan seperjuangan dalam parti dan perbezaan pendapat tidak harus dijadikan permusuhan kekal.

Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR
Seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.