KUALA LUMPUR: Pimpinan UMNO akan menulis surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan mengenai pindaan Perlembagaannya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, setakat ini usul untuk menangguhkan pemilihan parti itu telah dipersetujui sebulat suara perwakilan dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini.
Menurut beliau, surat itu akan dihantar mengikut prosedur yang ditetapkan, iaitu dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini.
“Seperti mana yang kita tahu usul itu sudah lulus sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendapatkan kelulusan. Itu sajalah daripada segi prosedur dia.
“Kita tak tahu (jika ROS ada masalah untuk luluskan pindaan), kerana kita akan hantar permohonan untuk kebenaran daripada ROS tentang pindaan itu, jadi kita tunggu lah, kita pun tak tahu lagi, dalam masa 60 hari kena hantar (surat),” katanya lagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini sebulat suara meluluskan usul meminda Perlembagaan UMNO yang antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).
Mengikut laporan Bernama, usul pindaan itu yang membabitkan Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 terdahulu dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled di hadapan 2,586 perwakilan yang hadir.
UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas
Untuk rekod, tempoh 18 bulan itu akan tamat pada hujung tahun ini dan pemilihan parti perlu diadakan sebelum 30 Disember ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, UMNO sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum sejak dahulu lagi, bukan semata-mata kerana pindaan telah dilakukan.
“UMNO dah bersedia dari dulu lagi pilihan raya, bukan kerana hari ini. Tarikh itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan daripada mesyuarat Kabinet, kita akan bawa kepada mesyuarat Kabinet.
“Parti adalah berbeza dengan kerajaan kerana parti pun tahu kalau ada cadangan, bawa ke Kabinet dan Kabinet akan memutuskan.
“Kalau Kabinet memutuskan tarikh, Kabinet akan memberi mandat kepada saya, untuk berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong. Itu saja daripada segi prosedur. Jadi apa yang berlaku hari ni, adalah lain. Ini adalah dari segi pemilihan dalam parti,” kata Perdana Menteri lagi.
Firdaus Azil
Sun May 15 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, dua kanan) bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (duduk, tengah) dan Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) di majlis Aidilfitri hari ini. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Ahli UMNO terikat dengan perlembagaan parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan penyertaan mana-mana ahli dalam satu pakatan yang tidak dianggotai parti diperincikan dalam Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO.

PRU15: Tiada calon payung terjun di Perak - Saarani
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tidak akan ada calon payung terjun untuk kerusi di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pindaan Perlembagaan: UMNO hantar surat mohon kelulusan ROS dalam 60 hari - Ismail Sabri
Usul untuk menangguhkan pemilihan parti telah dipersetujui sebulat suara perwakilan dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini.

Ahmad Zahid betul-betul 'bercuti' - Ismail Sabri
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perlembagaan UMNO tidak menyebut had masa seseorang itu perlu 'bercuti'.

Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO untuk isytihar harta
Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO yang mewajibkan mana-mana ahli mengisytiharkan harta bagi melayakkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti.

Mahkamah tolak permohonan 16 bekas anggota UMNO cabar kesahihan parti
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara.

16 ahli cabar kesahihan UMNO di mahkamah
Kesemua individu berkenaan selaku plaintif memfailkan permohonan itu secara sebelah pihak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri.

UMNO ikut prosedur ROS tangguh pemilihan parti - Tengku Adnan
Ia selaras dengan kelulusan daripada ROS bahawa Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.

Nazri tegur Muhyiddin jangan cabar kepimpinan tertinggi
Ia berikutan kenyataan Muhyiddin terhadap Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor agar tidak mengambil tindakan ke atasnya melainkan mempunyai cukup bukti.