Keputusan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk berhenti menulis sepenuhnya dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik tidak merugikan apa-apa di dalam Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti PH itu berkata, tokoh pemimpin yang tidak mempunyai semangat kesetiakawanan seperti Zaid juga tidak harus diterima oleh mana-mana parti di bawah PH.
"Syabas dan terima kasih banyak-banyak kepada Zaid yang telah sedar serta membuat keputusan untuk berhenti menulis. Dia amat terkenal dengan kenyataan yang tidak berasas.
"Zaid juga suka bercakap berteraskan persepsi semata-mata. Kenyataan dan tuduhan baru-baru ini ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin amat tidak ilmiah dan tidak betul.
"Adakah dia kecewa kerana tidak diberi jawatan atau pangkat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)? Kenyataannya seolah-olah menagih perhatian semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
TONTON: Zaid pertikai tindakan terima Tok Pa dalam Bersatu
BACA: 'Kenapa tak beri lesen kasino, alkohol kepada Bumiputera?' - Zaid Ibrahim
Khairuddin mengulas catatan blog Zaid yang dilihat kritikal terhadap Dr Mahathir.
Zaid menyifatkan perdana menteri dikelilingi taikun jutawan yang tidak mempunyai penyelesaian bagi mengatasi masalah ekonomi, termasuk masalah dihadapi orang Melayu, selain mengisyaratkan bahawa Daim menguasai perjalanan kerajaan
BACA: Zaid enggan menulis lagi... mengapa merajuk?
Dalam pada itu tegas Khairuddin yang juga penyelaras Parlimen Jasin, Dr Mahathir mempunyai prinsip yang kental dan sukar untuk mana-mana pihak untuk mempengaruhinya.
"Asas pertimbangan Dr Mahathir hanyalah berteraskan kepada kebenaran serta untuk kepentingan bangsa, agama dan tanah air.
"Apabila Zaid menyatakan kononnya pentadbiran negara ditentukan atau dipengaruhi oleh Daim bersama rakan-rakan billionaire, ini membawa erti Zaid tidak mengenali sifat Dr Mahathir secara mendalam.
"Malah, bagi saya, Zaid tidak mengenali Dr Mahathir secara hakikat dan hakiki. Syukur, keputusan Zaid ini amat baik untuk kerajaan PH," jelasnya.
Katanya, lebih baik Zaid berundur secara terhormat sebelum menjadi individu yang menjatuhkan kredibiliti serta imej baik PH.
Terbaharu, Zaid dilaporkan menyesali kenyataannya dan beranggapan dirinya hanya 'memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab' di bawah 'Malaysia Baru'.
Astro Awani
Sat Nov 10 2018
![PH tidak rugi bila Zaid umum berhenti menulis - Khairuddin PH tidak rugi bila Zaid umum berhenti menulis - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526177414_KHAIRUDDINABU.jpg)
Khairuddin (gambar) berkata, Zaid amat terkenal dengan kenyataan yang tidak berasas. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639189393_HACKERS.jpg)
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
![Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627350728_BrendanMcDermidCO.jpg)
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
![Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan - Amitabh Bachchan Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan - Amitabh Bachchan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-09/71473152842_AmitabhBachchan.jpg)
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
![Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604385719_AzalinaOthman.jpg)
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
![Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41609045833_meninggaldunia.jpg)
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
![Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582524246_TunMahathir.jpg)
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
!['Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat 'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/41519384595_tbPakatanHarapan.jpg)
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
![Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599221475_MohdKhairuddinAman.jpg)
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
![Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596677673_TBGREENTECH.jpg)
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
![Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492932335_PulauMabul.jpg)
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.