Seperti diramal, akhinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak menyertai Pakatan Harapan Sarawak.
Maka lengkaplah PH Sarawak dengan empat parti gabungannya yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan kini Bersatu.
Perkara itu didedah Pengerusinya, Chong Chieng Jen selepas mempengerusikan mesyuarat PH Sarawak di Kuching pada Sabtu.
Chieng Jen ketika ditemui menyifatkan bahawa ia adalah satu kebetulan apabila PH Sarawak dibarisi empat parti komponen yang menyamai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Secara kebetulan kita (PH Sarawak) ada empat parti sama dengan GPS, akan empat parti ini akan menentang GPS pada Pilihan Raya Negeri akan datang," katanya.
Dengan kemasukan Bersatu ke dalam PH Sarawak, Chieng Jen mengakui bahawa pembahagian kerusi bukan sesuatu yang mudah.
Ia akan mengambil kira semua aspek yang akan dibincangkan bersama anggota PH Sarawak pada mesyuarat depan.
Apa yang penting, katanya kerjasama antara semua parti amat diperlukan bagi memastikan kemenangan pada PRN kelak.
"Sekarang kita hanya membincangkan tentang perancangan masa depan dan strategi untuk menghadapi pilihan raya.
"Tentang pembahagian kerusi, ia akan dibincang kemudian dalam mesyuarat akan datang, buat masa ini yang penting ialah bekerjasama sebagai satu pasukan bermula dari sekarang," katanya.
Bersatu Sarawak telah dilancarkan di Sarawak pada 1 Disember lalu di Bintulu oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rohana Wahed
Sat Feb 23 2019
![PH Sarawak lengkap dengan kemasukan Bersatu PH Sarawak lengkap dengan kemasukan Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550909018_PAKATANHARAPAN.jpg)
Chieng Jen ketika ditemui menyifatkan bahawa ia adalah satu kebetulan apabila PH Sarawak dibarisi empat parti komponen yang menyamai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737678596_TBamaranpas.jpg)
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
![Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736564510_DrMahathirMohdRa.jpg)
Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.
![Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732949698_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
![Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732875243_TBbersatu.jpg)
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
![Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663150303_AzminAli.jpg)
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
![PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732534352_tbRonaldKiandee.jpg)
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
![Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730725647_TBMASHUP.jpg)
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
![Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730458131_TBbersatu.jpg)
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
![Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728043007_MuhyiddinHamzahZa.jpg)
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
!['Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal 'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719962823_WanAhmadFayhsal.jpg)
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.