KUALA LUMPUR: Selain mendapat sokongan kempen pemimpin utama parti sepanjang tempoh pilihan raya yang hangat ketika ini, Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan diramal akan terus memperoleh sokongan pengundi bagi mengekalkan mandat di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Berdasarkan gerak kerja kempen yang agresif termasuk ceramah dan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH, manifesto yang ditawarkan dan disulami dengan trek rekod pencapaian dilakar kerajaan negeri, penganalisis dan pemerhati politik berpandangan PH-BN mempunyai kelebihan untuk menang di ketiga-tiga negeri itu, biarpun gabungan itu berdepan tentangan sengit Perikatan Nasional (PN).
Pertembungan merebut 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Selangor, 36 (Negeri Sembilan) dan 40 kerusi di Pulau Pinang, tampak pertandingan adalah lebih tertera antara blok PH-BN dengan PN.
Penyertaan parti lain seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Utama Rakyat (PUR) dan Penang Front Party (PFP) setakat ini tidak dapat memberi cabaran kepada PH-BN dan PN.
Menyingkap tempoh seminggu berkempen, Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh berkata, kerjasama PH-BN dijangka boleh menguasai Selangor dengan selesa, mengambil kira koordinasi dan gerak kerja parti yang baik serta tersusun antara jentera kedua-dua blok politik.
Beliau meramalkan gabungan PH-BN boleh memenangi 34 kerusi menghampiri majoriti dua pertiga iaitu 37 daripada keseluruhan 56 kerusi, termasuk di 10 DUN seperti Sabak, Hulu Bernam, Sungai Burong, Bukit Melawati, Kuang, Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Pelabuhan Klang yang menerima tentangan sengit daripada PN.
Analisis dan pemerhatian Hamdan turut diperkuat oleh Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Yaakob Sapari yang berpandangan, setakat ini di atas kertas, gandingan PH-BN boleh memenangi 36 kerusi manakala Pengarah Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi turut yakin gabungan parti itu boleh membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 29 kerusi.
Hamdan berkata, kehadiran Pengerusi PH membantu kempen calon di Selangor memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi termasuk atas pagar dan dalam masa sama meningkatkan moral jentera parti untuk lebih bekerja keras memenangkan calon.
Kempen yang bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 29 Julai digunakan sepenuhnya calon dengan program bertemu pengundi antaranya di pasar dan kedai makan, malah tidak ketinggalan bertemu jentera di bilik gerakan parti masing-masing.
Dimanfaatkan sebaik mungkin, kempen menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X (Twitter) dan TikTok turut dilakukan calon dan jentera parti untuk menyampaikan misi dan visi masing-masing.
Berbaki lima hari lagi iaitu tempoh bagi pecutan terakhir sebelum pengundian pada 12 Ogos ini, corak kempen calon bertanding semakin padat bermula sebaik terbit matahari sehingga tengah malam dengan pelbagai aktiviti disusun sebaik mungkin untuk memenangi hati pengundi.
Bagi ketiga-tiga negeri berkenaan, pengerusi parti-parti negeri PH-BN melaporkan kebanyakan calon berjaya meliputi hampir 80 peratus kawasan untuk mendekati pengundi dan menjelaskan sendiri misi dan visi mereka dalam tempoh kempen seminggu lepas.
Sepanjang tempoh itu, tiada isu-isu besar yang mendominasi kempen PH-BN dan PN, dan kempen lebih meliputi soal tawaran dan visi untuk membangunkan negeri.
Senario sama di Negeri Sembilan dengan PH-BN turut diramal penganalisis politik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faizal Kasmani, tidak berdepan masalah untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini berdasarkan trek rekod serta pengalaman parti itu dalam mentadbir kerajaan negeri sebelum ini.
Malah, keyakinan Pengerusi PH negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa gandingan parti Kerajaan Perpaduan itu mampu memperoleh majoriti lebih dua pertiga, memperkukuh lagi ramalan Mohd Faizal.
"Ada satu, dua agak kelabu pada peringkat awal kerana timbul sedikit salah faham komunikasi tetapi sekarang nampak ada sinar ... kita fokus kawasan berkenaan, menjelang dua tiga hari nanti, ia akan berubah ... kita (PH) cuba pertahankan 19 kerusi manakala BN juga yakin peroleh 17 kerusi," kata Aminuddin.
Majoriti mudah DUN Negeri Sembilan ialah 19 kerusi, manakala dua pertiga ialah 24 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian yang mengikuti perkembangan PRN di Pulau Pinang berkata, setakat ini, gandingan PH-BN dilihat masih mendahului "perlumbaan" di Pulau Mutiara, yang memiliki 1.2 juta pengundi berdaftar dengan pengundi berusia 18 hingga 39 tahun berjumlah 539,977 orang.
Beliau berkata, kempen fasa kedua merupakan tempoh "kritikal" kepada parti dan individu bertanding khususnya 72 jam terakhir untuk menyakinkan seberapa ramai pengundi atas pagar, memandangkan kumpulan ini cenderung membuat keputusan pada saat akhir.
Berdasarkan kepada pemerhatian di kawasan yang dilawati, Pengerusi PH Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yakin 95 peratus pengundi menyokong PH dan optimis gabungan berkenaan mampu mempertahankan negeri itu dengan keyakinan boleh memenangi 32 kerusi.
Timbalan Pengerusi PN Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, kempen yang dilaksanakan gabungan itu setakat ini menerima sambutan positif daripada kalangan pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
![PH-BN diramal kekalkan mandat di Selangor, N. Sembilan dan P. Pinang - Penganalisis PH-BN diramal kekalkan mandat di Selangor, N. Sembilan dan P. Pinang - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691096837_DunSungaiKandis.jpg)
Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan diramal akan terus memperoleh sokongan pengundi bagi mengekalkan mandat di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. - Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712390712_TengkuZafrulHala.jpg)
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
![Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
![Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673071109_Hajiji.jpg)
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
![Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669763046_PerikatanNasional.jpg)
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
![Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697212634_ZulkapliMohamed.jpg)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693629555_PRU.jpg)
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
![Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692166030_SPR.jpg)
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
![Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693214273_FahmiFadzil.jpg)
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
![GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684481562_KetuaMenteriSabah.jpg)
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.