Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 adalah demi memenangi pilihan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Beliau berkata soal membeli undi tidak sepatutnya timbul kerana apa jua peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah kerana kerajaan persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat negeri itu mendapat faedah dan perkhidmatan yang baik.
"Rakyat Sarawak memang wajar mendapat peruntukan khas (dalam bajet)...bukan kerana mereka akan menghadapi pilihan raya negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Dalam pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu, Putrajaya memperuntukkan lebih RM29 bilion untuk projek pembangunan dan inisiatif untuk manfaat rakyat di Sabah dan Sarawak.
Antaranya, sejumlah RM260 juta diperuntukkan bagi memastikan harga barangan di dua negeri itu ditetapkan pada kadar yang sama, di bawah program 1Harga 1Sabah dan 1Harga 1Sarawak.
Selain itu, Najib mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo yang bakal siap menjelang 2021 dengan anggaran kos RM28.9 bilion, tidak akan dikenakan bayaran tol.
Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan langkah menaikkan kadar cukai untuk golongan berpendapatan tinggi adalah struktur percukaian yang progresif.
Beliau menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan seolah-olah menjadi 'Robin Hood' dalam mengenakan cukai yang tinggi terhadap golongan itu adalah persepsi pihak yang merasa 'tidak senang'.
"(Kenaikan) ini bukan merampas atau pengagihan semula pendapatan rakyat, (sebaliknya) ini adalah struktur pencukaian progresif (yang turut) terdapat di negara membangun dan maju.
"Kita dapati di beberapa negara ada tarif pencukaian yang lebih tinggi dari Malaysia, (malah) ada negara yang hingga (maksimum) 50 peratus, dan saya fikir itu tak akan berlaku di Malaysia.
"Maka jangan guna istilah pelbagai untuk beri gambaran buruk kepada dasar pencukaian," katanya.
Pembentangan bajet itu turut menyatakan bahawa mereka yang berpendapatan antara RM600,000 hingga RM1 juta akan dikenakan cukai 26 peratus berbanding 25 peratus sekarang.
Bagi individu berpendapatan bercukai melebihi RM1 juta kadarnya dicadang dinaikkan tiga peratus kepada 28 peratus.
Bernama
Sun Oct 25 2015
AHMAD ZAHID: Rakyat Sarawak memang wajar mendapat peruntukan khas (dalam bajet)...bukan kerana mereka akan menghadapi pilihan raya negeri.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.