Kuala Lumpur: Peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Ahli Parlimen adalah sesuai dengan keadaan semasa kedudukan kewangan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) memahami kedudukan kewangan negara yang tidak mengizinkan perbelanjaan yang terlalu besar.
"Kita tahu belanjawan yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini ada kekangan dari segi menguncupkan perbelanjaaan seimbang. Ini untuk menurunkan defisit belanjawan daripada 5.5 kepada 5 peratus.
"Tentunya Perdana Menteri akan menambah peruntukan itu jika kedudukan kewangan negara bertambah baik." katanya ketika ditemui media di Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2023, hari ini.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid mengakui cabaran yang dihadapi oleh wakil rakyat untuk melaksanakan tugas di kawasan masing-masing dengan peruntukan yang kecil.
Namun, beliau nasihatkan supaya semua pihak menerima ketetapan semasa dengan hati terbuka.
"Atas kekangan kewangan itu kita perlu sabar sebentar. Perdana Menteri akan menggunakan budi bicara terbaik untuk menambah peruntukan itu sama ada di akhir tahun atau tahun hadapan.
"Kita ada empat tahun setengah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Jadi, perkhidmatan Ahli Parlimen harus terus diberikan kesinambungan biarpun peruntukan kewangan adalah sedikit.
"Jika sedikit kita beri sedkit, jika banyak tentu kita berkongsi lebih banyak dengan kawasan yang kita wakili." jelasnya lagi.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan peruntukan pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.
Irfan Faruqi
Sat Feb 11 2023
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid mengakui cabaran yang dihadapi oleh wakil rakyat untuk melaksanakan tugas di kawasan masing-masing dengan peruntukan yang kecil. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Peruntukan Ahli Parlimen naik jika kewangan negara bertambah baik - TPM Zahid
Peruntukan pembangunan yang diberikan kepada ahli parlimen adalah sesuai dengan keadaan semasa kedudukan kewangan negara.