SEREMBAN: Keputusan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pertengahan bulan ini, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad berkata beliau ada menerima kunjungan bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin di pejabatnya pada bulan lepas yang menyatakan hasrat PBM untuk menyertai BN, namun perkara itu memerlukan persetujuan bersama oleh parti komponen lain.
"Saya ada bertemu dengan Datuk Zuraida di pejabat saya bulan lepas yang menyatakan hasrat parti PBM menyertai BN. Saya telah menyatakan kepada beliau, BN bukan diputuskan oleh seorang sahaja, tetapi keputusannya mesti dibuat secara konsensus.
"Semua pihak dan parti komponen dalam BN bersetuju, baru boleh. Kalau ada satu pihak atau parti tidak bersetuju, ia tidak akan dilakukan. Saya telah minta beliau menulis surat kepada Pengerusi BN berkenaan perkara itu untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat BN nanti," katanya di sini hari ini.
BACA: PRU15: PBM mohon sertai BN, belum ada jawapan - Zuraida
Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang bermula hari ini sehingga Khamis.
Sementara itu Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata selain PBM, terdapat juga beberapa parti lain turut menyatakan hasrat untuk menyertai BN.
"Dari semasa ke semasa, ada parti yang ditubuhkan menyatakan hasrat untuk menganggotai BN, tetapi kebanyakannya kami minta untuk menjadi rakan BN terlebih dahulu. Kebanyakan parti ini tiada wakil rakyat dan ahli Parlimen, tetapi PBM ini lain sedikit kerana mereka mempunyai wakil rakyat.
"Pertimbangan daripada pelbagai sudut mesti diperhalusi dan kami juga tidak mahu ada pihak lain rasa tidak senang hati jika kami menerima sesuatu parti masuk menjadi anggota BN. Jadi, ia akan dibahas dan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
![Permohonan PBM dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Mohamad Hasan Permohonan PBM dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660034196_TBTOKMAT.jpg)
Mohamad berkata, permohonan PBM itu memerlukan persetujuan bersama oleh parti komponen lain. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686043757_PBMLarry.jpg)
Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida
Larry Sng Wei Shien mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zuraida Kamaruddin di atas sumbangannya terhadap parti itu, termasuk membantu mempromosikannya.
![Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686022433_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.
![Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681207233_larrysngnzuraida.jpg)
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
![PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674575329_PBM.jpg)
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
![PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667653593_ZuraidaKamaruddin.jpg)
PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu.
![Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666877561_TBLARRY.jpg)
Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan
Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.
![PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667811055_TBZURAIDAjpg.jpg)
PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang
Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).
![PRU15: PBM tanding tujuh Parlimen, dua DUN PRU15: PBM tanding tujuh Parlimen, dua DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666522691_TBZURAIDAjpg.jpg)
PRU15: PBM tanding tujuh Parlimen, dua DUN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan senarai penuh bakal calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Isu PBM dianggap selesai, Larry Sng akan tandatangani watikah calon PRU15: Isu PBM dianggap selesai, Larry Sng akan tandatangani watikah calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667169373_PBMLarry.jpg)
PRU15: Isu PBM dianggap selesai, Larry Sng akan tandatangani watikah calon
Isu pentadbiran Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah diselesaikan dalam kunjungan Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Larry Sng ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan, RoS, Putrajaya pada pagi tadi.
![PRU15: PBM umum bertanding solo, tak boleh penuhi syarat BN - Zuraida PRU15: PBM umum bertanding solo, tak boleh penuhi syarat BN - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667128686_ZuraidaKamaruddin.jpg)
PRU15: PBM umum bertanding solo, tak boleh penuhi syarat BN - Zuraida
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15.