SHAH ALAM: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad membangkitkan persoalan mengenai status semasa perjanjian sulit dilakukan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob bersama Perikatan Nasional (PN) berkaitan Timbalan Perdana Menteri.
Ini kerana, menurut beliau, pendedahan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perkara tersebut menyebabkan perjanjian sulit berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terbatal.
“Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu menyokong Datuk Seri Ismail Sabri jadi PM.
"Ia begitu sulit sehingga kepimpinan UMNO tidak tahu dan begitu juga kepimpinan Pas.
“Dari UMNO, hanya Datuk Seri Ismail dan Tan Sri Annuar Musa yang terlibat.
"Tan Sri Annuar terlibat sebagai saksi. Bagi Pas pula, hanya Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung Pas) yang tahu.
“Tapi, kerana ia perjanjian sulit, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) pun tak boleh tahu.
"Tapi kalau sudah didedahkan sedangkan ianya suatu perjanjian yang sulit, adakah perjanjian itu terbatal?” soal beliau menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu pada Isnin dilaporkan berkata, Abdul Hadi perlu merujuk kepada Takiyuddin mengenai kewujudan perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, Takiyuddin ialah individu yang menggubal draf perjanjian berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi menafikan kewujudan perjanjian pelantikan Timbalan Perdana Menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan di antara PN dengan Ismail Sabri dengan tiada kata putus yang dicapai keputusan dicapai.
Mengulas lanjut, Shahrir yang juga Ketua Bahagian UMNO berkata, setakat ini, hanya Muhyiddin yang mendedahkan mengenai perjanjian tersebut manakala Ismail Sabri, Annuar dan Takiyuddin masih berdiam diri mengenai isu berkenaan.
Disebabkan itu, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, secara logiknya, Muhyiddin dan Bersatu sepatutnya ‘menekan butang’ dengan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.
“Iaitu lebih kurang samalah dengan 'menekan butang' seperti diugut terhadap kerajaan campuran BN-PN Johor satu ketika dulu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan sebelum PRN Johor.
“Perjanjian sudah terbatal. Memorandum Persefahaman (MoU) pun dah tamat. Kenalah tekan butang,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 11 2022

SHAHRIR: Perjanjian sudah terbatal. Memorandum Persefahaman (MoU) pun dah tamat. Kenalah tekan butang. - Foto fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.