KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang akan ditubuhkan pada 26 Mac ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurutnya, mesyuarat penubuhan akan diadakan pada tarikh tersebut melibatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan juga Gerakan, negeri Pahang.
Ia ekoran beberapa pertemuan tidak rasmi yang pernah diadakan dengan kepimpinan Pas dan Gerakan negeri itu pada minggu lepas.
"Pertemuan tak rasmi diadakan minggu lalu dalam suasana mesra persahabatan dan kami bersetuju untuk membuat mesyuarat penubuhan pada 26 Mac.
"Di peringkat kawasan Parlimen yang saya sempat jumpa, sambutan begitu baik.
"Pertemuan diadakan dalam penuh kemesraan dan masing-masing sedia bekerjasama dalam satu gabungan yang baru bagi menghadapi pilihan raya akan datang," jelasnya.
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di sini semalam.
BACA: 'Saya penyokong kuat Undi 18' - Saifuddin
Ditanya mengenai hubungan antara Pas dan UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN) pula, Saifuddin berkata Bersatu faham situasi tersebut dan menghormatinya sebagai hak parti masing-masing.
Katanya, ketika perjumpaan antara kepimpinan Bersatu dan Pas, mereka tidak membincangkan kerjasama bersama UMNO kerana UMNO memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan PN.
Keutamaan Bersatu hanya mengukuhkan hubungan antara parti-parti yang berada di dalam PN dan apa yang kelak akan berlaku adalah di luar kawalan pihaknya.
"Yang utama bagi Bersatu di negeri Pahang, dan saya percaya di seluruh negara, ialah kita hendak mengukuhkan hubungan dengan Pas dan Gerakan dan parti-parti lain yang sudah pun berada dalam PN. Itu tumpuan kita buat masa ini.
"Apa yang akan berlaku pada masa hadapan itu bergantung kepada keadaan, kerana ada keputusan dibuat di luar daripada kawalan kami, maknanya bukan kami yang buat keputusan tersebut," tambah Saifuddin.
Astro Awani
Thu Mar 11 2021
Saifuddin menyampaikan penerangan di hadapan pemimpin masyarakat ketika Program Malaysia Prihatin di Pekan, 11 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
AMEC 2024: Harimau Malaya baham The Lions
Di Stadium Bukit Jalil, harapan rakyat Malaysia disandarkan kepada bahu Pau Marti Vicente dan anak buahnya untuk memastikan Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Mitsubishi Elektrik ASEAN.
Jika tewas ataupun seri dengan Singapura, maka berakhirlah khidmat Pau Marti sebagai pengendali serta cabaran Malaysia dalam edisi kali ini.
Bersama wartawan Firdaus Azil bagi melihat suasana di sana.
Jika tewas ataupun seri dengan Singapura, maka berakhirlah khidmat Pau Marti sebagai pengendali serta cabaran Malaysia dalam edisi kali ini.
Bersama wartawan Firdaus Azil bagi melihat suasana di sana.
Mampu kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Pelaksanaan caruman wajib KWSP terhadap pekerja asing boleh menjadi mekanisme jangka panjang untuk mengurangkan tenaga kerja asing.
Dialog Poket Rakyat: Caj hospital swasta, insurans perubatan melambung tinggi?
Trend kenaikan dalam kos perubatan terutama penjagaan kesihatan penyakit tidak berjangkit (NCD) antara faktor kenaikan kos bayaran perlindungan kesihatan pengguna. Sejauh mana penyelesaian interim terhadap caj hospital swasta dan insurans perubatan menangani isu ini? Apakah strategi dan transformasi yang perlu dilaksanakan agar sistem kesihatan awam tidak terbeban pada masa akan datang? Diskusi dan analisis bersama ahli-ahli panel dalam Dialog Poket Rakyat malam 8.30 malam ini.
[Data & Statistik] Indeks Harga Pengguna
Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.3 berbanding 130.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
PM tegaskan tidak campur tangan keputusan mahkamah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai.
[TERKINI] Seorang daripada lima penuntut UM didakwa alami gangguan seksual
Alummi Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial mendakwa setiap seorang daripada lima penuntut UM pernah mengalami gangguan seksual.
Hot Daddy, dua rakan wanita diburu polis
Lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya diburu polis selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan mereka kelmarin ekoran waran tangkap gagal disempurnakan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya sedang menyemak sekiranya ada pergerakan individu tersebut ke luar negara.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya sedang menyemak sekiranya ada pergerakan individu tersebut ke luar negara.
Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"
Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun".
Enam rakyat Malaysia dituduh di mahkamah Thailand tahun depan
Enam rakyat Malaysia termasuk artis dari Kelantan yang menjalani tahanan di penjara Narathiwat dijangka dituduh di mahkamah di Thailand tahun depan.
Bagaimana keadaan mereka di penjara Narathiwat..?
Ikuti laporan dari wakil Astro AWANI Kelantan Muhafandy Muhamad, yang kini berada di Narathiwat, Thailand.
Bagaimana keadaan mereka di penjara Narathiwat..?
Ikuti laporan dari wakil Astro AWANI Kelantan Muhafandy Muhamad, yang kini berada di Narathiwat, Thailand.
[Data &Statistik] Kes penipuan pelaburan (Januari - Ogos 2024)
Statistik kes penipuan pelaburan dari Januari sehjingga Ogos 2024 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan PDRM.
Aplikasi Telegram dikenal pasti menjadi medium paling utama kes penipuan pelaburan membabitkan 1,346 kes direkodkan tahun ini dengan kerugian mencecah RM29.96 juta.
Ia diikuti Facebook dengan 948 kes (RM153.3 juta), WhatsApp dengan 873 kes (RM165.5 juta) dan Instagram dengan 146 kes (RM24.3 juta).
Aplikasi Telegram dikenal pasti menjadi medium paling utama kes penipuan pelaburan membabitkan 1,346 kes direkodkan tahun ini dengan kerugian mencecah RM29.96 juta.
Ia diikuti Facebook dengan 948 kes (RM153.3 juta), WhatsApp dengan 873 kes (RM165.5 juta) dan Instagram dengan 146 kes (RM24.3 juta).
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PN Pahang umum 18 portfolio tumpuan untuk bayangi, pantau peranan Exco
Perikatan Nasional (PN) Pahang hari ini mengumumkan 18 portfolio tumpuan yang akan dibarisi oleh semua 17 wakil rakyatnya.
PRU15: PN yakin sasaran menang 16 DUN Pahang boleh dicapai
Saifuddin berkata sokongan di kawasan FELDA juga semakin menggalakkan berdasarkan laporan diterimanya sepanjang tempoh kempen.
PRU15: Manifesto PN Pahang sedia 12 tawaran
Manifesto Perikatan Nasional (PN) Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyediakan 12 tawaran, dengan sebahagian besarnya merujuk keperluan ekonomi rakyat negeri tersebut.
Selesaikan segera pembahagian kerusi PN Pahang - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang diselesaikan segera.
PN hasrat tandingi semua 14 kerusi Parlimen, 42 DUN di Pahang - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) berhasrat untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN Pahang dilancar, Saifuddin Abdullah pengerusi
Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi.
Perikatan Nasional Pahang rasmi ditubuh 26 Mac ini - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang akan ditubuhkan pada 26 Mac ini, jelas Saifuddin Abdullah.