Sebuah hospital sementara dirancang akan dibuka semasa Perhimpunan Agung UMNO November depan.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, hospital itu akan memuatkan 20 katil rawatan dan lebih 30 doktor.
"Mereka akan merawat dan membuat pemerhatian kepada pesakit-pesakit sepanjang perhimpunan kali ini.
"Ia akan diadakan di tapak perbarisan, iaitu lokasi menaikkan bendera oleh Presiden UMNO," katanya pada mesyuarat penyelarasan media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan bermula 25 hingga 29 November.
Jelasnya, doktor dan pegawai kesihatan adalah daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Seperti tahun lepas, lebih 80 pengunjung termasuk perwakilan terpaksa mendapatkan rawatan di HKL.
"Jadi dengan adanya hospital sementara ini, diharap dapat memudahkan semua yang berada pada Perhimpunan Agung UMNO seandainya mengalami sebarang masalah kesihatan," jelasnya.
Kata Ab Rauf, selain hospital, beberapa penambaikan juga akan dibuat di luar dewan perhimpunan.
"Kita akan adakan halangan, saringan dan sekatan untuk orang kenamaan keluar dewan tanpa diganggu media.
"Mereka akan terus keluar dewan selepas setiap sesi perhimpunan dan media tidak boleh menyerbu individu-individu berkenaan," jelasnya.
Dalam pada itu, ujarnya, lokasi media untuk melapor, Laman Media kali ini juga akan dibahagi kepada dua kategori.
"Petugas media perdana dan media siber akan dipecahkan kepada dua zon.
"Saya harap dengan mengadakan zon media siber dapat memberi peluang kepada pengamal media sosial membuat laporan dengan selesa," katanya.
Taklimat Presiden akan diadakan secara tertutup pada 25 November diikuti perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada 26 November seterusnya persidangan perhimpunan Agung UMNO bermula pada 27 November.
Wan Syamsul Amly
Tue Oct 21 2014

Hospital sementara itu dapat memudahkan semua yang berada pada Perhimpunan Agung UMNO seandainya mengalami sebarang masalah kesihatan. -Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Ab Rauf ungguli saingan tiga penjuru Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh mengungguli saingan tiga penjuru Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah pada persidangan perwakilan dan pemilihan bahagian itu hari ini.