Kali pertama Perhimpunan Agung UMNO tahun ini diadakan dengan parti tersebut sebagai pembangkang, suasana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dilihat kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Lokasi tetap perhimpunan tahunan itu tetap menjadi tumpuan perwakilan seluruh negara bagi menghadiri perhimpunan yang bermula malam tadi dengan majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dan berakhir esok, namun kehadiran orang ramai agak kurang tahun ini.
Paling terasa pastinya golongan peniaga yang saban tahun sering menjadikan perhimpunan itu sebagai lubuk rezeki mereka.
Peniaga kain songket, Nik Kamariah Mustapha, 63, dari Kota Bharu, Kelantan mengakui suasana perhimpunan kali ini tidak semeriah dahulu. Beliau yang telah berniaga pada perhimpunan itu sejak 30 tahun lepas berkata setakat semalam sejak gerainya dibuka, hanya 10 helai kain songket berjaya dijual dan jumlah itu amat sedikit sekiranya dibandingkan tahun-tahun sebelum ini.
"Jika dahulu kira-kira lima hari perhimpunan berlangsung dan jumlah jualan boleh mencapai RM70,000 atau RM80,000. Tapi ini perhimpunan hanya tiga hari jadi saya tidak tahu berapa sahaja boleh terjual. Saya harap jualan sekurang-kurang RM30,000 supaya boleh balik modal," katanya kepada Bernama.
Peniaga pakaian dan kain pasang Rokman Muhammad, 43, berkata setakat semalam jualannya berkurangan lebih kurang 70 peratus berbanding sebelum ini.
"Sudah 10 tahun saya berniaga di sini. Tetapi pada tahun ini dapat lihat perbezaannya. Walaupun ramai yang mengunjungi gerai saya namun ia tidak semeriah dahulu," katanya yang juga dari Kota Bharu.
Bagi pemerhati rombongan Pergerakan Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Besut, Terengganu, Kamariah Salim, 64, yang memang 'setia' mengikuti persidangan itu sejak usianya 40 tahun lagi merasakan kemeriahan yang ada sebelum ini hilang, tidak seperti dahulu.
"Orang pun tak ramai mana kalau nak banding dahulu. Biasanya kalau depan lobi utama itu sesak. Nak pergi tandas pun beratur ambil giliran sebab sesak. Semangat itu memang hilang sikit, tapi dalam hilang pun kita tetap datang sukarela. Perhimpunan ini seakan tradisi yang memang kami tunggu," katanya.
Bagaimanapun, perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kalabakan Sabah, Dewi Susanti Suparman, 32, berpendapat kemeriahan itu masih ada tetapi tempoh tiga hari persidangan berbanding lima hari sebelum ini menyebabkan ia kelihatan kurang meriah.
"Memang orang agak berkurangan jika dibanding dengan tahun lepas. Mungkin kerana hari persidangan kurang berbanding tahun lalu. Tapi ia masih meriah," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati dari segi persiapan, perhimpunan kali ini tidak ada kurangnya berbanding tahun-tahun yang lepas, dengan dewan serta ruang di PWTC, tiang-tiang utama turut dihias dengan pelbagai poster, grafik, sepanduk dan bendera.
Laman Media disediakan untuk petugas media membuat liputan sepanjang perhimpunan parti berusia 70 tahun itu.
Kira-kira 52 agensi media melibatkan media cetak dan elektronik terdiri daripada 39 agensi tempatan serta tujuh agensi antarabangsa, dengan penglibatan seramai 562 petugas media membuat liputan sepanjang perhimpunan.
Bagi ruangan pameran dan jualan, kiosk dan ruang niaga pula, kira-kira 100 gerai turut memeriahkan perjalanan perhimpunan ini dengan menjual pelbagai produk termasuk tekstil, makanan serta minuman keluaran industri kecil dan sederhana. -- Bernama
Bernama
Sat Sep 29 2018

Keadaan sekitar ruang legar PWTC yang kurang mendapat sambutan pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang mula bersidang hari ini. - BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.

Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.