Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama membuka tirai hari ini dengan mesej penyatuan sesama parti pembangkang.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan kepentingan bekerjasama bukan sahaja antara parti dalam Pakatan Harapan tetapi juga dengan parti pembangkang yang lain.
"Kita tidak mahu untuk menjadi pembangkang sahaja.
"Oleh itu, kita harus bekerjasama bagi memastikan kita bersiap sedia untuk menang dalam Pilihan Raya ke-14 nanti," kata Saifuddin dalam ucapan pembukaannya di Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di IDEAL Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Salahuddin Ayub berkata parti-parti politik yang bernaung di bawah payung Pakatan Harapan haruslah belajar dari kesilapan yang dahulu dan tidak mengulanginya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Saya terlalu faham bagaimana Pakatan Harapan pernah lumpuh. Tidak perlulah saya hurai di sini.
"Janganlah kita mengulangi kesilapan itu. Pakatan mempunyai kesepakatan politik yang kuat dan harus dikekalkan," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut berkata Pakatan harus sedar bahawa rakyat adalah penentu kemenangan mereka dan bukannya gerak hati atau ego sesetengah pemimpin.
"Kalau kita ikutkan ego, kita akan tumpas dan tewas.
"Bersedialah untuk merendahkan martabat bagi memenangi hati rakyat dengan menjadi lebih inklusif. Kita harus menjadi pendengar yang baik," katanya.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran turut mengakui kepentingan kerjasama antara parti-parti pembangkang.
"Kita mahu satu lawan satu. Memang sukar.
"Namun, saya percaya kali ini berbeza. Kita bukan sahaja ada bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri pun kita ada!" kata Kulasegaran.
Hafiz Marzukhi, Nuradilla Noorazam
Sat Nov 12 2016
Peserta yang hadir di Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan hari ini di IDEAL Convention Centre di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI/Hafiz Marzukhi
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Penyatuan sesama parti pembangkang perlu hadapi PRU14 - Saifuddin
Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama hari ini dimulakan dengan mesej penyatuan sesama parti pembangkang.