Ekoran penamatan khidmat enam orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari parti PKR dan DAP oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, beberapa pihak telah mempertikaikan kesahihan pemecatan tersebut dari segi undang-undang.
Bagaimanapun, Abdul Khalid hari ini menjelaskan bahawa tindakan itu adalah sah selepas mendapat perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membatalkan pelantikan ahli-ahli MMKN yang terlibat.
Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Khalid yang disiarkan hari ini.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mengadakan mesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat Ahli MMKN dan tiga pegawai Ex-Officio.
"Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat (4) anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.
"MMKN juga telah diberitahu tentang perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak meneruskan perkhidmatan ahli 5 orang pegawai MMKN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuatkuasa semalam.
"DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO-EXCO yang terlibat atas nasihat daripada Dato’ Menteri Besar secara bertulis.
"Kita berpendapat bahawa 5 EXCO tersebut tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat MMKN bagi memantau perjalanan Kerajaan Negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi.
"Kenyataan ini sekaligus bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan.
"Saya berharap rakyat Selangor tidak keliru dengan situasi ini kerana penamatan khidmat EXCO-EXCO ini dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Saya berharap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat akan diteruskan dan diutamakan."
Astro Awani
Wed Aug 13 2014
Kenyataan media penuh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai penamatan khidmat Exco yang diperkenan Sultan Selangor. - Astro AWANI/Shahir Omar
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Tawaran persefahaman rentas parti demi rakyat dan negara - Gerakan
Apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara
Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .
Hanya pihak terdesak, terancam persoal status pendaftaran PN - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.
COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.
Semakin ramai ingkar PKP? Ini lima tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
Seramai 88 individu ditahan, empat daripadanya direman manakala selebihnya dikenakan tindakan kompaun selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tidak patuh SOP PKP: 24 premis perniagaan, dua tapak binaan diberi amaran
24 premis perniagaan dan dua tapak binaan diberi amaran selepas didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pemeriksaan khas pada Selasa.
Lima tumpuan dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu. Jumlah itu semakin meningkat berbanding beberapa hari lalu.
186 individu ditahan ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 186 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
UMNO tak mahu 'jilat ludah sendiri' terima Bersatu - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.