Ketuanya, Helmy Abdul Latif berkata Pemuda UMNO sekeras-kerasnya menolak politik secara provokasi yang disifatkan sebagai budaya tidak sihat dalam politik di negara ini.
“Ramai tanya saya betul atau tidak, Pemuda UMNO Muar buat? Saya berani bersumpah, tiada arahan daripada saya selaku Ketua Pemuda UMNO, Bahagian Muar untuk buat perkara terkutuk ini.
“Saya menentang sekeras-kerasnya. Kami tiada masa untuk ini (provokasi).
“Tidak kira dibayar atau tidak, ini satu budaya tidak sihat dalam politik negara,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, pada Ahad.
Ceramah mega yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Muda pada Ahad malam dilaporkan diganggu sekumpulan individu bermotosikal.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRU15 DI SINI
BACA: Ceramah Syed Saddiq dicemari provokasi
Gangguan tercetus ketika giliran Presiden Muda yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.
Menurut Mohd Helmy, pentas politik harus dirai dengan terbuka dan jadilah manusia yang bermaruah.
“Kita nak lawan, lawan dengan ideologi yang betul. Kita bawa negara ke arah lebih baik,” katanya.