MELAKA: Satu jentera baharu iaitu Geng Perpaduan yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan akan dilancarkan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Ahad ini.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata penubuhan Geng Perpaduan itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
"Ini juga sebagai platform baharu buat pemuda dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai sayap Pemuda Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA).
"Geng Perpaduan ini akan diketuai oleh pemimpin muda dan kita percaya pengalaman yang dimiliki semua sayap parti pada pilihan raya mampu menghasilkan kolaborasi terbaik untuk menghadapi PRN dan mampu memberi kekuatan kepada Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau yang juga Exco Luar Bandar Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri menghadiri Majlis Perasmian dan Penyampaian Watikah Lantikan Peserta Kebun Kerang Melaka.
Muhamad Akmal menambah penubuhan jentera itu juga membuktikan kolaborasi parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, terutama sayap pemuda, berjalan sangat baik ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata penubuhan Geng Perpaduan itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Pemuda gabungan parti Kerajaan Perpaduan bakal lancar Geng Perpaduan Ahad ini
Satu jentera baharu iaitu Geng Perpaduan yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan akan dilancarkan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.